MaRi BeRsAmA-SaMA MeNyELaMi JiWa iNI

Friday, October 29, 2010

~ Selamat Pengantin Baru ~

Assalamualaikum.....
Arini ari jumaat, esok ari sabtu.....pastuh ari ahad.....
*itu budak kicik pun tau*
pe aku nak citer sebenarnya nih.....
ooohhh....
weekend nih aku bakal dpt seorang agi abg ipar....
to my sis, Azlin bt Mohmad Yasin...
SELAMAT PENGANTIN BARU...
SELAMAT BERBAHGIA...
SELAMAT KE ANAK CUCU....
SELAMAT SEJAHTERA....
*ikut tone lagu version saloma*
tapi skrg nih aku masih ada kat UKM agi...
dan aku pasti umah aku dah mula ramai org....
kenapa aku ada kat sini agi...
adakah sebab aku syg UKM lebey....
atau adakah aku dihalau dr rumah.....
atau adakah kakakku berkahwin dengan jejaka pilihanku sehingga membuatkan aku takmo pulang?????
op kos ar TIDAK!!!!!!!
*pakwe sy, sy punya sorg*
aku tak balik lagi sebabnya....aku ada EXAM esok.....
apakah....selama tiga tahun blaja kat sini...
tak pernah2 ada paper time weekend......
sian my mom, mesti sibuk sorg2 kat umah siapkan suma mende...
yg lelaki2, op kos kene settle kat luar kan....
my sis yg sulong, anak dia dua org tuh ada jerk mengaco....
my sis yg second skrg tgah pregnant, takkan nak wat keje berat2 sgt....
mmg aku jerk yg tinggal.....nih pun td balik ke UKM smula....
dengan hati yang berat....
tp aku dah make sure 85% keje dah siap....
tinggal baki2 jah...
so, to ayong and angah....
tolong ibu yah..... esok hbs paper kul 2 adik terus balik...
and to kak lin, tau ar ko jd pengantin.....
tolong ar ibu tuh gak yer sket2.....
kpala aku dah memang takde kat UKM dah skrg nih....
paper esok, ntah mcm mana ar gamaknya nih.....
hadoi.....

Kepada yang baca before ari ahad nih, jemput datang ke rumahku yah!!~
No. 17, JLN TKC 1/6
Taman Kota Cheras
43200, Kajang
Selangor Darul Ehsan


VIVA SELANGOR!!!

Monday, October 25, 2010

~ Exam Mood....ON ~

SSSssslluurrrrpppp.....
*sound effect makan megi*
nak dilumakan citer...
aku baru balik dari first paper tuk final kali nih....
EIA atau Penilaian Impak Alam Sekitar...
mula kul 8.30 pagi td.... dan selesai kul 11 pg td....
pppeeerrrgghhh..
bangga ngan diri sndr jap sebab berjaya bertahan dalam peti ais tuh...
selama dua jam....
*mmg dah tak duk diam dah*
Malam nih....
paper kedua...Pengantara Kajian Bandar....
paper nih, mmg aku tak confidential langsung!!!!
ntah ler, nak kata slalu tak dtg kelas, MMG PUN!!!
nak kata slalu main2 dalam kelas, MMG PUN!!!!
nak kata tak pernah study smula pas kelas, MMG PUN!!!!
so, mmg pun ar ko takleh jawab kan cda....
muahahhahaha....
*gelakkan diri sendiri*

papehal pun....Good Luck Yalls~

Kalau Tak Suka, Pulangkan.....

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.

“Fail saya kat depan tu mana?”

“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”

“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————-

“Saya nak ke out station minggu depan.”

“Lama?” Soal Laila.

“Dalam seminggu.”

“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”

“Budak-budak? “

“Ikut jugalah.”

“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”

“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”

“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”

“Manalah saya ada masa..”

“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.

“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.

Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..

“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

———————————————————————————-

“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.

“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

“Awak masak apa?”

“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”

“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.

“Keluar!”

“Mama dah masak Pa!”

“Awak saja makan!”

“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.

“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.

“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”

“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”

“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

“Laila..” serunya

“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

“Sunyi pulak rumah ni mak,”

“Lama-lama kau biasalah.”

Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

———————————————————————————-

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”

“Tak ada lah?”

“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.

“Awak tak sihat ke?”

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan

“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

———————————————————————————–

“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”

Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.

“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.

“Abang!”

“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.

“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”

Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.

“Laila”

—————————————————————————————————-

“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”

“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

“Ikut boleh?”

“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.

“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”

“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “

“Papa pesanlah..”

“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.

“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”

“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”

Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”

“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”

“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk

“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.

Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..

Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,”

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….


Sunday, October 24, 2010

~ Saya Cintakan Alam Ciptaan Illah ~

Assalamualaikum....
Suasana petang ini, sangat indah.....
Sejuk, angin bertiup tenang....
Ya Allah...
Sesungguhnya ciptaanMu sangat teragung...
Dan aku sebagai antara hambamu yang kerdil....
Bersyukur diberikan kesempatan....
untuk menikmati keindahan ciptaanMu Ya Allah.....

~ Surat ~

Dulu masa sekolah aku pernah terbaca pasal ni. aku cuba carik yang original, tapi tak jumpa. jadi aku tulis balik, originally dari otak aku. percayalah, post ni mengambil masa 1 jam, dan bergelen air mata.

Assalamualaikum.

Ke hadapan mak yang tercinta,

Lama dah ateh tak tulis pada mak kan? Bukan ateh dah lupakan mak, tapi mereka semua kata ateh jangan jadi anak mak. Asyik-asyik mengadu pada mak. Tapi hari ni ateh nekad nak tulis pada mak.

Mak tau tak, ateh rindu sangat pada mak. Selalu ateh teringat kisah-kisah yang mak selalu cerita pada ateh. Mak selalu kata, hidup ni macam bola. Jangan hina orang, sebab satu hari nanti orang akan hina kita balik. Ateh ingat lagi mak. Mak selalu pesan sebelum tidur, maafkan semua orang yang ateh jumpa sepanjang hari. Ateh ingat tu selalu.

Mak ingat lagi tak masakan kegemaran ateh? Masak gulai cili api. Sedap tau. Sampai sekarang tiada siapa dapat lawan masakan mak. Ateh rindu sangat dengan air tangan mak. Sekarang ateh dah lama tak makan masakan mak. Hari-hari ateh makan megi je mak. Dengan air kosong. Sedihkan ateh sekarang?

Angah dah beli kereta baru tau. Kereta Iswara lama tu Angah dah jual dah. Dah buruk katanya. Ateh kata pada dia, jangan la jual. Sayang. Tapi dia nak jugak jual. Ateh suka tengok muka mak masa kita naik kereta Angah lepas dia beli dulu. Bau kilang lagi, mak kata. Kita pusing-pusing satu kampung. Muka mak hepi sangat masa tu. Sampai sekarang ateh teringat-ingat lagi saat tu. Mak siap pesan lagi, nanti bila ateh beli kereta, mak nak naik dulu. Lepas tu mak peluk ateh. Sayang mak masa tu.

Bila ateh gaduh dengan Angah, mak selalu menangkan ateh. Haha...ateh ingat lagi masa mak belasah Alang dengan paip getah sebab dia gigit tangan ateh. Ateh dah cakap tak la sakit sangat, tapi mak pukul juga Alang. Ateh tak suka tengok mak marah-marah. Sebab nanti mak pening kepala. Nanti mak sakit.Ateh sedih bila mak sakit. Tapi ateh lagi sedih bila mak tak bagitau yang mak sakit. Ateh rasa macam mak dah tak sayang ateh.

Mak,

Ateh rindu sangat pada mak. Bila mak dan ayah kawan ateh datang tengok anak diorang, ateh selalu lari pergi belakang blok. Ateh tak boleh tengok. Nanti ateh nangis sebab sedih. Tapi ateh dah janji dengan mak ateh takkan menangis, kan? Anak mak ni dah kuat tau. Dah tak nangis lagi.

Mak, ateh rindu sangat pada mak. Ingat lagi tak malam tu? Mak telefon ateh. Masa tu ateh kat sekolah. Mak pesan ateh sembahyang mesti jaga. Ingat Tuhan selalu. Belajar rajin-rajin. Nanti mak nak datang masa graduasi sekolah.Tapi mak tak bagitau pun masa tu mak kat hospital. Mak curi-curi telefon sebab doktor tak kasi mak bangun.

Pagi esoknya ayah datang. Mata ayah merah. Ayah peluk ateh. Ayah kata mak dah tak de. Mak meninggal malam tadi. Ateh meraung, mak.Ateh meraung. Ateh kata, takkan lah sebab mak baru telefon ateh malam tadi. Mak kata mak sayang ateh sebelum mak letak telefon. Ayah jatuh. Tak pernah ateh tengok ayah nangis. Ateh tak perasan pun air putih dah pun meleleh dari mata ateh.

Sampai rumah, Along peluk ateh. Angah dah terduduk kat kerusi. Orang dah ramai dah kat rumah. Diorang kata mak tengah dimandikan. Ateh berlari masuk bilik air. Ateh tolak semua orang. Ateh peluk mak kuat-kuat, ateh panggil mak supaya mak bangun. Tapi mak tak dengar ateh panggil. Ateh pukul mak. Mak dah janji nak datang masa ateh amek anugerah. Mak dah janji nak naik kereta ateh. Mak dah janji nak masakkan ateh masakan special bila ateh balik. Mak tipu. Mak tipu ateh.

Masa diorang kafankan mak, ateh dah terduduk dah. Dah habis tenaga dah menangis, mak. Bila ayah suruh ateh cium mak kali terakhir, air mata ateh jatuh kat pipi mak. Muka mak cantik sangat. Macam orang tengah tidur. Lama ateh tengok muka mak. Ateh nak tanam muka mak dalam otak. Supaya hari-hari ateh boleh ingat mak. Ateh cium mak puas-puas. Mak masih ada bau mak. Ateh selalu kata, bau mak sedap. Bau bedak. Ateh cium mak puas-puas.

Masa diorang nak bawa mak ke kubur, ayah kata ateh tak payah ikut. Nanti takut mengigau. Lepas semua orang dah pergi, ateh nangis lagi. Ateh pakai kasut ateh lari pergi kubur. Ateh nampak diorang turunkan mak. Ateh berdiri belakang pokok supaya ayah tak nampak. Sambil nangis ateh cakap, jangan tanam mak. Jangan tanam mak. Tu mak ateh. Kenapa korang tanam mak ateh? Ateh nangis lagi mak.

Bila semua orang dah balik, ateh pergi duduk kat tepi kubur mak. Ateh pandang kubur mak. ateh tertidur tepi kubur mak. Ayah jemput ateh balik lepas tu. Sampai rumah ayah ajak makan. Ayah panaskan lauk yang dalam peti sejuk. Masak lemak cili api. Ayah kata ni lauk yang mak masak nak hantar pada ateh. Ateh makan, mak. Sedapnya mak masak.

Bila ateh balik sekolah, kawan ateh kata ada surat untuk ateh. Rupanya dari mak. Mak hantar masa mak kat hospital. Mak tulis, ateh, sembahyang jangan lupa. Dengar cakap ayah. Belajar rajin-rajin. Ingat Tuhan selalu. Akhir sekali mak tulis mak sayang ateh. Ateh tak perasan yang ateh dah nangis. Ateh baca balik setiap ayat yang mak tulis. Lagi kuat ateh nangis. Ateh keluarkan gambar yang mak letak dalam sampul surat. Gambar kita berdua dekat Melaka. Masa kita pergi bercuti. Ateh peluk gambar tu. Sampai sekarang ateh simpan gambar tu, mak.

Ah, rindunya ateh pada mak. Panjang pula surat ateh ni. Dah nak habis waktu sahur dah mak. Ateh nak kena pergi sahur. Esok kena puasa. Nanti bila ateh free lagi ateh tulis pada mak. Jangan risau, ateh selalu ingat mak.

Sayang,

Ateh.

~ Saya Nak Buat Banyak Benda....Tapi.......~


Saya terasa nak buat macam-macam sgt tau lately.....
tapi......
takleh.......sob3.......
tau apa yang saya nak buat.....
hhhmmmm....
saya nak p tengok wayang...
banyak sgt criter best yg dah ter'miss'....
and perkara paing terbaik adalah, saya lgsg tak pegi merayau semester nih....
tak lgsg jejak kaki ditempat2 yg selalu me'lagha'kan saya....
dan tempat2 menonton movie2 terbaru.....
aaaarrgghhhh.....
*it was a good thing or what??*
next yg sy nak buat adalah......
saya nak pegi tengok final piala malaysia.....
sabtu nih......
tapi.....
kakak sy kawen mggu nih.....
sob3.....
kak lin, leh cepatkan ke ari khamis tak, jumaat ker.....
tak pun, postponed p mggu depan....
lalalalalaalal....
*mati kalu kakak aku baca*
next yg sy nak buat dan tak dpt buat.....
saya nak p dating...
tp dia tak kasik, katanya nak exam kan....
huhuhuhuhuh....
lagipun dia tgah busy skrg, ada bnyk keje..
...
"hbskan exam dulu ok syg....."
yeler2....
*tak kesah pun, hakhakhak*
next, apa yg sy nak buat agi.....
hhhmmmm....
saya nak balik umah lepas exam selasa nih...
tp exam sampai mlm...
so, nak baik rabu nih......
persiapan kenduri kawen dah mula....
sy suka biler nak wat kenduri kat umah saya...
lelagi, kawen...
*baru td suh postponed kenduri..hakhakhak*
tapi, akak sy tak kasik....
sebab nanti kat umah sy tak usik buku lgsg.....
eh, ada jerk buku yg adik usik.....
mukabuku...lalalalalala....
so, bleh balik umah, ari sabtu, pas exam etno....
sedey giler.....adoyai.....
takpe ar, bkn kak lin tak kawen pun kalu aku takde, lalaalalal~

yang penting skali.....bnyk2 benda yg tak besh jadik...
ada satu yg giler besh!!!!!

aku bakal dpt anak buah lagi sorg!!!! yeay!!!! alhamdulillah....
to Azlina Yasin a.k.a angahku tersayang...
jaga diri elok2.....
ini yg kita semua nantikan dari dulu kan....
insyaallah, doa adik sentiasa bersama
angah....
*kalu baby girl agi besh!!!!*

to all readers, yg nak exam cam aku....
ALL D BEST!!




Friday, October 22, 2010

~ kehidupan....lumrah ~

Perjalanan manusia penuh dengan lika-liku
Selalu berbeda tanpa batas ruang dan waktu
Kegagalan kadang kala menyakitkan kalbu
Jika tiada pembimbing bagi hati yang pilu

Ketika akhir dari tujuan tidak menjadi milik anda
Hanya keikhlasanlah yg menolong pedihnya jiwa
Tatkala kegagalan terus membayangi langkah kita
Pasrahkanlah segalanya pada Sang maha Bijaksana

Percayalah bahwa Sang Pencipta maha mengetahui
Sehingga sanubari senantiasa berdzikir tanpa henti
Renungkanlah makna hidup setiap insan di dunia ini
Niscaya kebahagiaan akan merasuk dalam ruang hati

Kegagalan bukan akhir dari suatu perjalanan
Karna ia hanya sebatas ujian dalam kehidupan
Kerinduan akan kebahagiaan selalu didapatkan
Bagi seorang yg berfikir bahwa hidup adalah ujian

Jadilah hamba Allah yang baik saat menyikapi segala cobaan
Sehingga jiwa yang tenang menghampiri nuansa kebahagiaan
Tataplah masa depan melalui doa dalam langkah kemenangan
Karna tiada hal yang sia-sia dalam setiap jalan pengorbanan.

~ Pergi Selamanya ~


By KAMIKAZE

malam kian melangkah pergi
masih aku sendiri termangu dalam sepi
dalam kelam hadir bayangmu
bagai mengundang mimpi
sebab kau dan aku
sayangnya kau tiada disisiku

masih terbayang segalanya
bagaikan semuanya mimpi belaka
hilang tak mungkin kan kembali
mengubah yang tersurat dalam hidupmu
kau pergi tak kembali selamanya

c/o
walau berkali ku tangisi
tak mungkin kau kan kembali
ku tak berdaya mengharungi sendiri
tanpamu hidupku tak bererti
hari berlalu kau kian jauh
di alam abadi di pusaramu

hanya doa yang ku iringkan
dalam hiba aku tangiskan
hilang tiada pengganti
permata yang berharga dalam hidupku

segalanya datang dan pergi
ku tahu sukar bagiku
menelan kenyataan
takdir telah tertulis untuk diriku

ulang c/o

hari kian silih berganti
masih aku sendiri termangu dalam sepi
dalam kepekatan malam ku
ku lihat lambaian mu dari syurgawi
memanggilku

Dulu, aku pernah menjadi peminat nombor satu lagu nih, bukan hanya kerana liriknya yang sungguh menyentuh jiwa, tetapi aku pernah tujukan lagu ni untuk seseorang yang sangat aku sayangi, yang dah pergi selamanya meninggalkan aku...... biler dikenang kembali, sudah hampir 3 tahun arwah pergi meninggalkan kami semua yang mengenalinya... semoga rohnya sentiasa aman disana..... insyaallah....
Dan pagi ini, dalam lingkungan pukul 2 pagi, aku dikejutkan lagi dengan satu berita, seorang lagi sahabat seperjuangan aku, telah mendahului meninggalkan kami.... walaupun aku dan arwah bukanlah sahabat yang rapat, tetapi aku pernah mengenalinya, kami pernah bergelar kawan, dan kami pernah menuntut di sekolah yang sama, mengejar cita-cita yang sama... Semakin lama kita bernafas, semakin jauh kita melangkah, kadangkala kita lupa yang kita semua akan kembali kepada asalnya suatu hari nanti, cuma masa dan takdir Allah yang menentukan segalanya.... semoga keluarga, sahabat-sahabat arwah, kuat semangat menerima dugaan dan suratan yang sudah tertulis, semoga arwah ditempatkan dikalangan golongan yang beriman dan dirahmati......Al-Fatihah......

Kepada Arwah Sani tersayang, cda skrg dah melangkah umur 22, Sani skrg, jika masih ada disisi cda, sudah memasuki alam 23 kan..... Pesanan Sani supaya cda kuatkan semangat menempuh hidup, pastikan cda berjaya didalam apa yang cda impikan, insyaallah akan cda pegang sampai bila-bila.... cda skrg sudah berada ditahun akhir di UKM nih, semangat Sani akan jadi semangat untuk cda juga dimasa depan.. Dan, doakan cda berjumpa dengan seseorang sebaik Sani yer.... Sekarang, sudah ada seseorang dihati cda, dan Sani mungkin kenal juga siapa dia, sebab kalian pernah sama-sama tinggal sekampung.... Bukan niat cda melupakan cinta Sani, tapi hidup perlu diteruskan kan.... Semoga Sani terus aman berada di alam sana.... kenangan antara kita, takkan pernah pudar~

Tuesday, October 19, 2010

Contest Mimik Muka MENARIK!!!!


Assalamualaikum......
buka blog, got 2 new comments...
hhhmmmm.....
satu dr my dear, zaty kecik......
and another one from my cutest friend masa kat KMNS..
fizah....contest..aku ditag...
aku mana ada gambar comey cam ko nak letak....
so, aku letak jelah pape gambar pun k....

*motip sgt aku guna gambar nih kan*
hahahhahaha....
thanks tag....
syarat dia kene tag 3 org erk..
hhmmmm...


kepada yang terpilih....
hehehhehehe....
selamat mencuba...


Wednesday, October 13, 2010

~ dimana semangat kesukanan yg sebenar ~

Assalamualaikum.....
citer tuk kali nih, perlawanan suku akhir piala malaysia 2010....
kumpulan yang aku nak ceritakan...
op kos ar team kesayangan aku, Selangor vs Kelantan
kalau tengok pihak yg berlawan, memang tak sabar nak turun stadium dan pergi tgok...
seriously, mula jerk piala malaysia, match yg aku tggu adalah....
selangor vs kelantan or n.sembilan vs kelantan or selangor vs n.sembilan....
sebab pada aku, ketiga-tiga team nih mmg mantap giler....
dari segi serangan, pertahanan, gol keeper, mmg terbaik.....
pemain kesayangan aku..op kos ar amri yahyah kan...
love him so damn much!!!
tapi perlawanan yang aku pergi tengok arituh..
paling tak menyeronokkan dlm hidup aku kot....
bukan sebab players main cam hampeh, walaupun agak slow game diorg...
tapi, perangai2 segelintir penyokong yang kononnya fanatik giler....
yang mencetuskan suasana huru-hara sket kat stadium shah alam....
aku yang dtg dr jauh....jauh ar sgt kan...
bayar mahal2.....mahal ar sgt kan...
semata-mata nak bago sokongan, tapi perasaan kesukanan tuh dah dinodai...
oleh sikap diorg yg mcm tak bertamadun langsung..
negara kita makin maju, tapi masih ada segelintir pihak yang berfikiran kebelakang...
dalam hal nih, au tak sokong mana-mana pihak..
walaupun aku mengaku aku penyokong tegar Selangor...
tapi malam tuh, dua2 team sama jah...
kelantan serang, selangor balas.... selangor serang kelantan balas...
perkara mcm nih takkan berlaku kalau tak dpt feed back dr dua belah pihak.....
tapi kali nih sampai menimbulkan kecederaan dan sehingga membawa kepada kematian...
aku rasa diorg nih sgt melampau.....
bukan saje memalukan negeri korg, team korg...
but the most important is, korg dah malukan agama korg...
yang aku yakin, mostly adalah kaum melayu beragama islam......
cara korg berfikir dan tindakan seperti org takde tamadun, takde agama.....
kalau ar ada bangsa lain kat sana, mesti diorg dah gelakkan kita orang2 islam nih...
kononnnya tak menyokong keganasan, sentiasa bersikap baik sesama islam...
tapi bukti depan mata, hancur sumanya......orang2 islam...orang2 melayu...
aku yang mulanya dtg stadium untuk saksikan perlawanan yang menarik nih...
jd lgsg tak tertarik......
kiri kanan depan blakang atas bawah bergaduh....
hilang semua mood aku nak menonton....
apa-apa pun, harap game Jumaat nih...
kat stadium kota bharu, takde lagi insiden mcm nih berulang.....
mohon ada yang belajar dari kesilapan....
dan kata-kata akhir.....
VIVA SELANGOR!!!!

Tuesday, October 12, 2010

~ Airmata dipagi Hari ~

Assalamualaikum.....
HHhmmmmm...tak tau nak luahkan pada siapa perasaan nih...
so, dear bloggy, kongsi dgn saya yah....
semalam, sebelum melelapkan mata, kira-kira pukul 3 pagi....
airmata saya tetibe mengalir....

kenapa???

saya sndr tak pasti....
tp, dlm hati saya, ada sesuatu, maybe seseorang yg saya rindukan....

siapa????

saya sndr tak tahu....
sebab tuh saya tak suka terlalu rapat dengan sesiapa....
sebab biler saya semakin rapat, dan kawan bertukar menjadi sahabat...
hati saya akan mudah terguris....
saya syg dia, jd saya sedaya upaya memenuhi segala keperluan, keinginan dia...
tapi, sekarang, perasaan tu semakin jauh...
dia semakin jauh....

kemana????

saya sndr tak mengerti....
kemana sebenarnya arah yang dia tuju....
dia sering merasakan disisinya tiada sesiapa....
dia lebih rela menanggung segala-galanya sendiri...
sedangkan kalau dia renungkan sejenak...
kehadiran saya disisi dia selama ini bukan penghibur semata....
pagi ini.....
mereka tiada, ada urusan yg perlu dilaksanakan....
dan pagi ni juga...
airmata sy mengalir, bkn kerana dikhianati cinta...
tapi kerana merasakan hidup kosong buat sementara...
perasaan ini...
pernah saya lalui dulu...
semasa umur menjangkau remaja....
sahabat adalah segala-galanya...
dan ketika mereka pergi meninggalkan saya....
walaupun hanya untuk seketika....
airmata saya laju mengalir.....
kerana sayang sy terlalu bnyk untuk mereka.....

emosi???

sy mmg begini....
kalau dilihat dr cara bercakap, dr cara melayan...
mungkin saya dingin, ikut kepala sndr...
tp dlm hati, hanya Tuhan yang tahu betapa sy sayangkan mereka.....
mungkin diwajah saya, sentiasa kelihatan senyuman itu...
tetapi dalam hati saya, meronta-ronta minta dilepaskan perasaan itu....
saya bukan seorang yg pandai berkata-kata manis....
berkata-kata sayang....
pemujuk yg sempurna....
atau pendengar yang setia....
tapi, saya akan lakukan apa saja demi mereka...
yang saya sayangi....
itu yang saya tahu...
walaupun dlm diam, walaupun hanya menjadi pemandu.....
saya sanggup....kerana itu cara saya menunjukkan sayang sy.....
semoga kalian selamat selamanya, sejahtera sentiasa...
gembira seadanya...

Monday, October 11, 2010

~ Saya Nak Kawen ~

~ Salam....~
hehehehhehehe....tajuk motip sgt kan....
takde maknanya nak kawen sebenarnya...
saje nak amik mood triple 10 nih, suma org nak kawen..
surat khabar pun tunjuk org kawen beramai2....
aku, bler nak kawen???
GILER!!! blaja pun tak lepas agi..
sebok gatai nak kawen, muahahahhaahh.....
sebenarnya dah lama tak merepek kat blog sndr nih....
masuk td, dah berhabuk2....spiderman siap dating ngan semut umah sebelah....
punya ar lama tak update kan....:D
skrg nih, hidup agak tunggang langgang.....
kalu bawak motor kira dah leh wat willie n wikang ar kan.....
giler tul... semua bersepah2...
dengan takde study week, dgn assignment dah mcm kentang gorang....
*kentang goreng??????*
memang rasa cam nak kawen cepat ar.......
apa nih, sebut kawen jerk dr td nih, ish2~
sebenarnya, aku dah jatuh cinta!!!!! *blushing*
tp masalahnya tuk kali ke berapa pun aku tak pasti...
*bajet ayat cam hot*
aku tak kata aku nih suka mainkan perasaan org...
masalahnya org yg main2kan aku, lalalalalalala~
kali nih, aku harap berpanjangan ar..
sebab series aku sgt selesa ngan dia....
suara dia dah ckp buat aku senyum...
entah ar, apa ntah yg istmewa pasal dia....
yg penting, hati aku sudah mula dia pegang skrg....
hopefully berjaya pegang selama-lamanya ar k....
ok, dah melalut plak.....
kembali ke cerita asal.........apa cerita asal td????
hahahahhahaha.......
di kesempatan ni, mau mengucapkan tahniah pada one of my coursemate..
hazizi hussain a.k.a pokcik diatas kelahiran baby gurl baru...
mesti akan jd seorg yg sgt comel...dan yg pntg....
jgn kasik dia pggl i makcik ok....AKAK....yeay!!!
and to all my friends....good luck for final sem examination......