MaRi BeRsAmA-SaMA MeNyELaMi JiWa iNI

Wednesday, October 12, 2011

~ Mungkin Ini Kesudahannya ~

Assalamualaikum...
Setelah sekian lamanya tidak menjangah ke laman ini
Akhirnya aku kembali
Tetapi
Masih tiada bait-bait kata yang mampu diukir
Kerana aku bukanlah sang puitis
Aku hanyalah seorang gadis
Yang mula belajar untuk membentuk diri
Yang hanya mampu berharap
Doa-doa sentiasa bersama
Agar akhirnya kita semua bahagia bersama
Di dalam dunia ciptaan kita
Insyaallah....

Wednesday, August 10, 2011

~ pAsRaH ~

Assalamualaikum.......
Hati kembali berkata-kata
Apa agaknya yang bakal ditempuhi diperjalanan ini
Pertanyaan yang tiada jawapan
Walaupun seringkali disoalkan dibenak fikiran
Apakah yang harus aku lakukan
Apa yang pasti
Tiada siapa yang akan pernah mengambil tahu apa yang ada pada dirimu
Hanya keramaian yang akan tiba bila disaat kemenangan
Dan kesepian yang tetap setia bila jatuh dibawah
Yakinlah didalam dirimu oh hati
Sesungguhnya hanya Yang Esa akan setia selamanya
Dan berdiam diri adalah perkara terbaik
Tetapi ingatlah
Apabila yang diam bersuara
Yang lain pasti akan terdiam

*kuatkan hati, jiwa dan iman*

Friday, August 5, 2011

Kehidupan Yang Semakin Berubah.......

1994
Tadika Kemas Batu 9
Permulaan Suatu Pembelajaran
Tengah Comel-comel lagi Masa Nih
hehehehehehehe.....
Tapi perangai nakal memang dah ada sejak azali rasanya
Kebudayaan, memang menjadi kesukaan
Koir, Dikir Barat, Nyanyian, Tarian, Baju Beragam.... :)

1995-2000
Sekolah Kebangsaan Batu 9
Melangkah ke Sesi Pembelajaran Ke Masa Hadapan
1 Amanah, 2 Amanah, 3 Amanah, 4 Adil, 5 Amanah, 6 Adil
1 salam, 2 Naim, 3 Salam, 4 Naim, 5 Naim, 6 Naim
Pengalaman yang Sangat Menyeronokkan
Belajar Tentang Kehidupan, Cita dan Cinta...
hehehehehehehe.....
Sebut Sahaja Namaku, Rasanya Hampir Semua Mengenali
Bukan Kerana kepandaianku, tetapi Kerana Kenakalan...
Didalam kelas Antara Yang Selalu Didenda....
Diluar Kelas, Semua Aktiviti, pertandingan Disertai....
Sangat menyeronokkan....... :)

2001-2005
Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun
1 Maju, 2 Amal, 3 Amal, 4 Beta, 5 Beta
kehidupan semakin Memberangsangkan
Semakin Mencabar, Semakin Mempesonakan
Segala yang Dipandang, segala Yang Didengar
Akan Menjadi Ikutan
Cinta semakin Menjadi-Jadi, hehehhehe.....
Dan Akhirnya Kita Semua Berjaya Menempuhnya
Dan Perjalanan Kita Terpisah Disini
Membawa Diri Ke Haluan Pilihan Hati

2006-2008
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
MH1P3, H3P6
Permulaan Kehdupan Yang Sangat Mencabar
Disini Diajar Kita Untuk Mengejar
Siapa Yang Terleka, Akan Terus Tertinggal
Siapa Yang Ingin Bersama, Perlu Tekad Mengejar
Biar Terlambat Sedikit, Asal Jangan Berhenti
Dua Tahun Disini
Dan Akhirnya Kita Berjaya Juga
Jumpa Lagi Di Masa Hadapan Sahabat
Musuhnya Habis Binasa.....

2009-2011
Universiti Kebangsaan Malaysia
Sains Sekitaran (Biologi)
Akhirnya Impian Menjejak Kaki Ke Menara Gading
Menjadi Nyata
Syukur Sepenuhnya Ke Hadrat Illahi
Walaupun Diri Ini penuh kekurangan
Diri Ini Bukanlah Sebijak Mereka
Tetapi AKhirnya Aku Berjaya Jugak
Minatku, ARTISUKMA tetap Tidak Dapat Dibuang
Kekanak Envy Sekalian, mari Bersemangat
Semoga Impian Untuk Berkumpul kembali Semuanya
Pada September Akan Datang
Menjadi kenyataan, Insyaallah......

Kehidupan Ini Semakin Berubah, Dan Akan Terus Berubah........

Tuesday, August 2, 2011

Selamat Berpuasa.....

Assalamualaikum.......
Lama dah aku tak hupdate blog nih.....
Dah berkutu dan berspider gamaknya........
Takde citer best ar nak bgtau....
Walaupun banyak benda yang berlaku.....
Rasa nak tau, jumpa kita cakap dedepan jelah....
Lagi senang nak sampai............malas tahap meroyan.......
Nak keje, nak gaji, nak duit wat shopping raya........
Uhuk3....
*asik jeles tengok keakraban persahabatan mereka*
-nak kawan bleh????????-

~ Selamat Berpuasa, Ahlan Ya Ramadhan ~

Saturday, July 16, 2011

Kabulkan Doaku Ya Allah..........

Sesungguhnya aku bukan sesiapa disisimu...
Aku hanya hambamu yang jahil....
Acap kali melupakanmu...
Doaku kadang kala hanya sampai ketika dilanda kesusahan....
Ampunkan aku Ya Allah.....
Sesungguhnya kali ini aku datang kembali....
Memohon keberkatanmu Ya Allah....
Jika dia memang adalah jodoh ketentuanmu....
Kuatkan hati kami....
Jika bukan, tunjukkan aku sedikit petanda....
Supaya aku tidak terus terleka.....
Sesungguhnya hatiku dilanda kemanisan cinta duniawi sekali lagi.....
Dan aku berharap ini adalah yang terakhir dan kekal selamanya.....
Aku mohon keredhaanMu Ya Allah.......

Wednesday, July 6, 2011

Susahnya Soalan matematik ni!!!!


Siapa yg rasa dia terror matematik tu boleh cuba jawab...

Sekarang si ibu 21 tahun lebih tua dari anaknya.
6 tahun kemudian, umur ibunya adalah 5 kali ganda umur anaknya.

SOALAN:
Bapanya sekarang berada di mana ?
Silakan berpikir dan menjawab secara ilmiah/matematik,
sila buktikan bahawa kamu punya kemampuan untuk
berpikir secara wajar...

Tetapi...... .
Jikalau kamu malas, terlalu sibuk, terlalu...dll yang
membuat kamu tidak mahu menghitung atau tidak percaya
bahawa hal ini bukan JOKE semata.....

cuba lihat jawapan di bawah...


Sekarang ibunya (M) 21 tahun lebih tua dari anaknya (A)
M = A + 21

6 tahun kemudian, umur ibunya jadi 5 kali ganda umur anak

M + 6 = (A + 6) x 5
dimana M = A + 21
A + 21 + 6 = (A + 6) x 5
A + 27 = 5A + 30
27 - 30 = 5A - A
-3 = 4A

A = -3/4

Bererti umur anaknya sekarang
* 3/4 tahun = - 3/4 x 12 bulan = - 9 bulan.

Bererti anaknya sekarang belum lahir (akan lahir
kira-kira 9 bulan kemudian)

Kesimpulannya, sekarang Bapanya berada di ...

atas ibunya atau di bawah atau di sebelah (mengikut
posisi kesukaan masing-masing) . Si anak baru hendak
dihasilkan ...ha... ha... ha.... Dah pi buat keje jangan nak fikir lagi posisi apa pulak yang best.... he he he

Tuesday, July 5, 2011

Ketika Diri Sedang Berpraktikal.....

Assalamualaikum.....
Dah siap-siap nak pegi kije...
wah, mcm bes jerk bunyik, nak pegi kije...
Kalu dpt gaji, mesti lagi best bunyiknya...
Skarang, dalam mood berpraktikal...
3 bulan.....
Macam2 dah aku blaja, mcm2 orang dah aku jumpa...
Series aku semakin excited ngan hidup nih...
Tapi satu benda yang memang takleh nak buang...
Giler karok aku tetap ada...
Sanggup dari KL turun Bangi semata-mata nak karok...
hahahhahaahahah...
Dapat plak geng kaki karok yang mereng sepertiku...
Memang sangat terbaik.....
Hidup, mcm biasa.... apa saja yang berlaku...
have to move on kan....
Sampai bila nak layan perasaan, bukan kenyang layan perasaan nih....
So, yakin pada diri, yakin pada janji Tuhan.....
Kepada mereka yang baru putus cinta tuh....
toksah ar harap nasihat aku jerk, kang makin sakit ati korang, hahhahahha..
ok, nak pegi keje....
adios!~

Wednesday, June 22, 2011

~ Couple.... MeNGarUt Ar ~

SaYA seDaNG MeNcaRi JoDoh....
SeKiTAr SelAnGoR@KuaLa LumPuR...
BeRmiNat????
SiLA DaTAng DaN JumPA maK AyaH SaYA...
SeDiaKAn SeKALi CinCiN TuNAnG....
SeBAb AndA AkAn PaSti DiTeRiMA....
HaHAHhaHAhaHA......

Tuesday, June 14, 2011

~ My New Niece!!!!!! ~


Alhamdullilah....
Hari ini, 14 jun 2011....
Sehari selepas hari lahirku... 13 jun....
Aku dapat hadiah paling berharga sepanjang 23 tahun hidup ini....
Aku dapat anak buah baru....
Dilahirkan oleh angahku....
Excited!!!!!!
One of the reason nape aku bertambah excited....
She's a GIRL!!!!!!
Congrats for both of u, my sis and my bro in law......
For the new born!!!

Comel kan!!! Baby memang COMEL!!!!

Monday, June 13, 2011

~ khAS TuK DIRiKu SeNdiRi... YeaH!!!!! ~

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Saturday, June 11, 2011

Final Piala FA 2011


Siapa yang akan membawa pulang Piala FA malam ini???????
adakah si penyu atau si kijang
Kita tunggu bersama-sama
Stadium Bukit Jalil memang tersangat meriah malam ini
Tak sanggup nak masuk kalau dua-dua team pantai timur nih yang berjumpa
*harap stadium berkeadaan baik habis game nih, hehehehehe*



Thursday, June 9, 2011

Saturday, June 4, 2011

~ Rasa Hati ~

Kan kucari jalan yang sunyi
Untuk menghindar diri darimu
Kuberjanji di dalam hati
Takkan lagi ku menjumpaimu

Di tengahnya kabut bermandi embun pagi
Dingin membuat hatiku membeku

Kau yang telah membuat luka di hatiku
Kau yang telah membuat janji-janji palsu
Kau yang selama ini aku sayangi
Kau merubah cintaku jadi benci

Di tengahnya kabut bermandi embun pagi
Dingin membuat hatiku membeku
Kau yang telah membuat luka di hatiku
Kau yang telah membuat janji-janji palsu
Kau yang selama ini aku sayangi
Kau merubah cintaku jadi benci

*JUJUR didalam hati, lagu ini aku tujukan untuk kamu...... yer kamu.... sahabat aku yang sangat aku cintai...... doaku sentiasa, agar aku dapat melupakanmu, bagaimana keinginanmu...."Tok Ayah"...... Sesungguhnya rindu aku masih berbaki*

Thursday, June 2, 2011

~ Siapa Sebenarnya.... ~

Siapa yang lebih berkuasa
Mereka yang murah memberi tenaga
Atau mereka yang murah berkata-kata.....

Siapa yang lebih mulia
Mereka yang khusyuk dihadapanNya
Atau mereka yang suci dihadapan semua...

Siapa yang lebih benar
Mereka yang jujur dan redha segalanya
Atau mereka yang ikhlas dihadapan, berpaling di belakang....

Pada ku
Itu semua urusan mereka
itu semua urusan dengan Nya
Siapalah aku untuk membicarakan
Siapalah kita untuk memberi hukuman.......

~ Semoga kita sentiasa muhasabah diri, cermin peribadi ~

~ Suratan Atau Kebetulan ~

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

Saturday, May 21, 2011

~ Tanah Runtuh Di Hulu Langat ~

Assalamualaikum......
Terkejut bila balik dari persembahan citrawarna semalam dekat Dataran Merdeka
Kejadian tanah runtuh di Batu 14, Hulu Langat
kebetula ini adalah kawasan berhampiran rumah aku...
*aku duduk batu 10*
jumlah korban yang dilaporkan adalah 16 orang
7 orang akan dikebumikan didalam satu liang lahad di Nanding
Semoga roh kalian aman disana, bersama golongan-golongan yang beriman....
Peristiwa yang sangat menyentuh perasaan...
Termasuk aku, terasa terlalu bersalah kerana terlalu berseronok semalam di Dataran...
Rupanya ada musibah disini, masyaallah...
Sesungguhnya Allah sentiasa suruh kita beringat dan bersederhana didalam apa yang kita lakukan.....
terutama sekali ketika kita sedang bergembira, kerana malang itu tidak berbau...
~ Al-Fatihah ~





Wednesday, May 18, 2011

~ KeMAaFaN DeNDaM YaNG TeRinDaH ~

Kehangatan mentari ku rasakan
Tak sehangat api perbalahan
Ku ketuk pintu hati
Senyap dan sunyi
Tiada jawapan yang ku perolehi

Dinginnya malam itu bagai salju
Tidak sedingin perasaanmu
Kau sengaja membina dinding pemisah
Di antara kita tak lagi bersemuka

( korus 1 )
Kekasih ku… ku rasakan perlu
Menitip surat buat tatapan mu
Sekali ini aku rela merendah diri beralah
Agar perhubungan terjalin semula

( korus 2 )
Kekasih ku… tak mungkin ku tahu
Apa tersirat dihati kecil mu
Andainya aku yang bersalah
Maafkan saja…

Kemaafan dendam yang terindah…

Kehangatan mentari dingin salju
Bertukar ganti hari ke hari
Aku masih di sini
Sabar menanti
Terbuka kembali hatimu yang terkunci…

( ulang korus 1, 2 )
Kemaafan… kemaafan dendam yang terindah…

~ DoA ~

Tuhanku
Dalam termanggu
Ku sebut namaMu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau
Penuh seluruh
Tuhanku cahayaMu panas suci

Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi

Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
PintuMu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling

Saturday, May 7, 2011

~ MaRi TuKAr MoOd BlOg ~


Assalamualaikum........
Sejak kebelakangan ni, perasan tak blog nih sayu jerk....
Suasana pun mendung jerk.....
So, tindakan pertama aku, tukar lagu blog...
Yang rancak sket... bleh goyang-goyang sket.....
Dan cuba untuk kurangkan post jiwang-jiwang sket.....
Arap berjaya ar, hehehehhehee....
Mari usaha!!!!!

Thursday, May 5, 2011

................ T_T


ANDA SANGAT KEJAM...........
TAPI KENAPA AIRMATA INI TIDAK PERNAH MENGALIR...
BILA DIDEPAN KAU.....
KEMARAHAN INI.....
TIDAK PERNAH TERLUAH BILA SENYUMAN KAU DIDEPAN MATA.......
TOLONG AKU.....
AKU TERSEKSA...............


Tuesday, May 3, 2011

~ nEW LiFe ~


Assalamualaikum......
.
.
.
.
.
.
Baru semalam rasanya ayah hantar aku ke pintu tadika.....
.
.
.
.
.
.
Hari ini ayahku hantar aku ke pintu pejabat.....
.
.
.
.
.
.
.

Perasaan itu.....sukar digambarkan...
sungguh cepat masa berlalu rupanya....

Sunday, May 1, 2011

~ New in me ~


Assalamualaikum.....

Just want to make one announcement....
Shida yang lama dah mati...

jangan dicari lagi...
kemana ia pergi....

Biarkan ia terus tenang....
dan mencari damai disana...

Shida yang ada sekarang...
Adalah yang baru lahirnya..

Mencari semangat baru...
Mencari jalan yang baru....
Mencari hidup yang baru.....

*mari lupakan semuanya*

Friday, April 29, 2011

~ KeJadiAN TeRaKhiR di SaAt teRaKhiR ~

Assalamualaikum...
aku dah kembali ke syurgaku.......rumahku....
dan memang kali ini aku pulang sebagai seorang pelajar yang sudah tamat di UKM...
seronok....sedih...bersemangat...takut...
semua perasaan bercampur-baur saat ini....
tapi...
tiada yang lebih menyedihkan hati biler persahabatan digugat...
ketika saat-saat terakhir kita bersama disini....
entah apa puncanya...
aku sendiri tidak pasti...
tapi perjuangan kau sebagai seorang ahli politik yang bersemangat waja....
telah mencabar aku...
semangat kau untuk memperjuangkan kelab tercinta...
dengan melibatkan politik-politik kampus....
telah menggugat persatuanku....
walaupun niat kau suci...
tapi tindakan mereka mempengaruhi kat mengenepikan persatuan kita...
tidak boleh diterima....
siapa mereka untuk berkata demikian...
dan engkau..
seorang pelajar politik...
yang sangat tegar memperjuangkan laluan itu....
telah bersama mereka....
dan itu membuatkan kita berjuang di tampuk yang berbeza sekarang....
akhirnya....
hari terakhir disana, kita membuat keputusan membawa haluan masing-masing....
aku sedih, tapi aku takkan lupakan apa yang aku perjuangkan selama 3 tahun aku disana...
semoga niat kita untuk bertemu semula pada hari graduasi kita nanti...
akak terlaksana juga....
doa aku sentiasa bersama kau selamanya....
kerana aku sayangkan kau dan persahabatan ini....

Tuesday, April 26, 2011

~ LaSt PaPeR BiO'S EnVy ~



Assalamualaikum....
arituh, 25 aribulan, paper last tuk kitrg...
major biologi untuk sains sekitaran...
yang lain aku tak pasti plak....
tapi bagus kan....
last kita berjumpa untuk tahun akhir nih kat Dectar...
nanti kita akan jumpa semula umtuk Konvo kita kat Dectar jugak...
Insyaallah..
Takmo cakap banyak, meh layan gambar...
sempena last exam di UKM tuk 3 tahun nih....



~ Saat Terakhir ~

tak pernah terpikir olehku
tak sedikit pun ku menyangka
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

begitu sulit ku menyangkal
begitu sakit ku rasakan
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

* di bawah batu nisan kini kau telah sandarkan
kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup ini terjadi
karna ku sangat cinta

** ini lah saat terakhirku melihat kamu
jatuh air mataku menangis pilu
hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih

satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

di nantiku

repeat **

satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

Saturday, April 23, 2011

~ Saat-saat Terakhir ~

Tinggal seminggu jerk lagi aku di UKM...
maybe tak sampai seminggu kot...
Then, semua orang akan berpecah.....
Latihan Ilmiah di tempat masing-masing.....
Kalu umur panjang, rezeki ada, insyaallah, berkonvo lah kami bulan 9 nanti....
tetiba rasa sayu giler....
Setiap pertemuan mesti ada perpisahan....
harap perkenalan ini, akan kekal bersama nafas yang masih dihela....

Aku nak listkan peristiwa-peristiwa kat UKM yang akan aku rindui....

1. Minggu Mesra Pelajar sesi 2008/2009
(masa orientasi aku, mcm2 jadi)

2. Kerjalapangan pertama pelajar sains sekitaran 2008/2011
(Pulau Kapas, Terengganu, baru mula nak bergaul ngan kekawan kos)

3. Malam Festival Seni UKM 2008
(Kokurikulum aku, first time pegang jawatan pengarah, tak brapa pandai agi)

4. Malam Manifestasi UKM 2008
(pegang jawatan pengarah wat kali kedua, dah pandai berdikari sendiri, rindu team PS 2008)

5. Semua program2 kat Dectar sepanjang 2008/2009
(Pengalaman yang banyak mengajar aku, thanks a lot)

6. Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia 2009
(UKM antara tuan rumah, tempat pertandingan dikir barat dan boria,
majlis perasmian, Sukarelawan Festkum 2009, memang BEST!!!!)


7. Minggu Mesra Pelajar 2009
(first time jadi PC kebudayaan, seronok!!!!! memula rapat ngan Suki, kene nyanyi koir, kelakar)

8. Konsert Dikir Barat UKM 2009
(konsert paling gempak pernah aku handle kat UKM, simple but awesome!!!)

9. Semua kerjalapangan sains sekitaran terutama sekali bersama geng2 biologi sekitaran
(akan merindui saat kita bersama merentas sungai, meredah hutan)

10. Minggu Mesra Pelajar 2010
(Up sket kali ni, jadi ketua kebudayaan, mmg best giler, dgn geng2 pc yang best, but aku nanges dalam meeting, malu!!!!!)

11. Perkhemahan Dikir Barat 2010
(mulakan hidup di Dectar bersama korang, dan mengakhirinya dengan
korang, series sangat seronok)


12. Jejalan kat Port Dickson ngan geng kekanak envy
(miss that moment...T_T)

13. Perkampungan Festkum 2010
(macam-macam jadi dalam masa seminggu kita kat UKM, permainan perasaan bertimpa-timpa)

14. Persembahan 1000 Gitar Hari Inovasi
(dapat kepercayan pegang jawatan pengerusi kebajikan, untuk event terbesar pernah aku handle, series mmg seronok)

15. Majlis Makan Malam Sains Sekitaran 2010
(hahahhahha, kitalah semuanya, giler kuasa betul... akulah mc, akulah program, akulah teknikal)

16. Masa-masa dengan wana, zaty, suki dan taufik
(korang memang insan yang paling aku sayang dekat UKM nih, terima kasih)

17. Malam Anugerah Seni UKM 2010
(aku dapat anugerah pengurusan seni dan mahasiswi, sangat terharu, usaha aku selama ini dihargai)

18. Jatuh motor kat PPU
(memang kelakar, thanks to suki and taufik yang sgt amik berat and thanks to kekanak envy yang anta aku p klinik beramai-ramai, jangan menanges sambil memandu)

19. Khidmat Seni Masyarakat UKM 2009
(Seronok, Best, Emosi, Terharu, Sayu, rindu kenangan kat Pekan, Pahang)


20. MAJLIS KONVOKESYEN UKM Ke-39
(saat yang paling akan dirindui nanti kan... semoga kita akan rindui kenangan ini bersama-sama, all d best!!!)

*banyak agi sebenarnya yang berlaku dan menjadi kenangan manis kat UKM sepanjang aku 3 tahun kat sini, yang aku listkan nih, antara moment yang aku harap aku boleh ulang semula, memori tercipta disini*

merindui.....

Wana
Zaty Kecik
Dusuki
Taufik
Farrah Ayain
Min
Floe
Pokcik
Ikin
Man
Sim Qiu Xing
Syamil
Iena

Geng-geng pengurusan seni 2008
Geng-geng dikir barat Tunas Warisan UKM
geng-geng ARTISUKMA
geng-geng DECTAR
Geng-geng Sains Sekitaran (special to biology)
geng-geng MMP 2009 and 2010
geng-geng SRMUKM
Semua yang aku kenali kat UKM nih.... Tak kira kawan atau lawan
Korang mencorak hidup aku disini.....

Tuesday, April 12, 2011

Isu yang sama berulang kali......

Assalamualaikum....
Asal hupdate blog, mesti ada kene mengena ngan isu kawen...
dah naik bosan plak kekadang...
tapi itu jerk isu paling hot dipasaran sekarang nih...
mggu lepas, ada kenduri kawen kat taman perumahan aku...
disebabkan taman aku kecik, jadi, mmg lumrah jiran tetangga kenal sesama sndr..
labih2 lagi, kalau dr awal taman dibukak, mmg dah tinggal kat sini...
keluarga aku salah satunya ler...
tapi disebabkan umah aku bahagian yang menghadap bukit, bukan umah orang lain..
dan memandangkan keluarga aku kurang sket suka join majlis
lepak melepak, ngumpat mengumpat nih, so, tak ramai yang kenal kami adik beradik....
balik ke al kisah kenduri tuh....
aku datang lambat sket, after ibu aku n my sis dah pegi....
dtg makan tengahari jerk sebenarnya....hehehehhehe...
tetibe makcik2 taman suma tanya...
"eh, nih yang kawen arituh ker??"
*down jap*
"eh, tak... tuh akak dia, nih yang bongsu"
"oooohhhh, ada lagi yang perempuan, ingat habis dah perempuannya suma kawen"
apakah??????????
tetibe.......
"anak saya, faizal, ada ckp arituh, makcik zaharah (mak aku) ada sorg lagi anak perempuan, yang bongsu sekali.. tak sangka plak saya faizal tahu, hehehhehe"
*masuk part aku tak gemar*
-sesi mempromote anak pun bermula-
bosannnn.... tetibe nampak makcik datang bawak baby@cucu beliau....
jom main ngan akak!!!!! *akak sgt*
yang penting dapat lari dr situasi tadi, rimas2~~

*p/s: dia dtg lagi dalam mimpi, kali ni dia adalah suamiku..... bergurau ketika membantu buat keje kat dapur, masalahnya, muka dia tetap tak nampak, walaupun mimpi tuh dia depan mata aku... sampai biler ko nak dtg dalam mimpi aku.......siapa kau????????*

Wednesday, April 6, 2011

~ FinaL ExAm FoR FiNaL YeAr!!! ~



18 April - 28 April 2011
Final Exam...
Tapi satu benda pun tak sentuh lagi....
Masih mengadap thesis terchenta..
Sabar erk exam, minggu depan turn anda pulak...
Sila beratur dan tunggu giliran yer....


To all Envys dan UKM student...
ALL D BEST!!!!
To all final year students... Mari Berkonvo!!!!
*insyaallah*


Thursday, March 31, 2011

Saturday, March 26, 2011

~ DiNnEr EnvY FiNaL ~


okey, aku citer pasal dinner aku ar k.........untuk tidak mengecewakan orang yg suh aku hupdate blog, hehehhehhe....
tapi, malas nak bercerita plak....
so, layan gambar jelah k....

after...... Putrajaya ler kita kan!!!~

Baju Dinner... Payah tul pakai dress labuh nih..... :P

geng tahun 3 Sains Sekitaran....

Geng Biologi!!! will miss u guys!!~

kekanak envy.....

Mereka yang paling aku akan rindu nanti.... rindu sgt!!

hehehheheheheh....

Kami...... + Floe tukang amik gambar... series, aku sayang korg.....
.
.
.
.
.
.

Okey.... last skali.. gambar aku paling suka.... sebab jejaka ini a.k.a muaz namanya adalah budak silat Dectar yang aku paling suka usha.... sebab dia sgt sedap mata aku memandang + sangat baik!!! *credit to zaty, tak berani nak wat profile picture*



Nanti aku hupdate and hupload gambar dinner yang aku handle a.k.a Dinner SRM.... tunggukan kemunculannya plak k....

~ tata ~

~ JoM HuPdaTe BlOg ~

Assalamualaikum....
Lama dah aku tak hupdate pape kat blog nih.....
Sampai ada yang menegur dah, lama ko tak hupdate blog....
okey, skrg akan dihupdate......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku tak tau nak citer apa sebenarnya....
=_="

Sunday, March 20, 2011

~ SAKIT AR!!!!!! ~


Seharian menangis....
Tahan sakit sambil usaha + urut sendiri....
Memang patut namanya ibu jari.....IBU
Sebab memang semuanya bergantung padanya......
Biler ibu dah tak berfungsi dengan betul.....
Anak-anak yang lain turut sama menderita...
Turut sama tak dapat bekerja dengan bagus....
Barang ditangan semua jatuh ke tanah.....
Nak taip kat lappy pun susah....
Series, aku tak mampu tahan dah...
Lebam semakin membiru + besar....
Airmata tak stop dr pagi td.....
terus start motor, nak pulas kunci motor pun tak mampu....
*sebab tangan kanan*
Nak pulas minyak motor pun, terseksa giler....
Kuatkan semangat jugak, gerak pegi cyber cafe....
print thesis, mampos ar apa nak jadi pun...
Esok, aku nak anta thesis, aku nak balik.....
Tak mampu nak tanggung sakit nih....

Thursday, March 17, 2011

~ Cinta Sejati Langit dan Laut ~

WAV

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat
dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

Monday, March 14, 2011

=_+"


SeRiUs.....
SaYA AdA SiKeT JeLeS DiDaLAm HatI...
KuAtkAn IMAnKu.....