MaRi BeRsAmA-SaMA MeNyELaMi JiWa iNI

Friday, April 30, 2010

HHhhhhmmmm....

sudah lah...... aku dah malas nak tau apa....
kalu it yang kau nak, aku akan terima......
i will love him.......just him.....


*look at this picture, it was my picture, look who's behind me, that's him*

Thursday, April 29, 2010

jom kawen~

Assalamualaikum...
heheheheheh, tetibe jadi rajin nak update blog dengan banyaknya hari ni... mungkin disebabkan kelas dah habis + exam dah habis + program mula besok + kertas kerja dah siap............MyEm0.Com jadi aku buat kali keduanya hari ini mengupdate blog ku ini.....

seperti tajuk diatas, jom kawen.....apakah??????? MyEm0.Com

hhuhuhhuhuhuhu......hari ni, lagi seorang mengeluarkan ayat itu, jom kawen....adoi....... aku takmo gitu ar, tak romantik betul + pape ntah.... sob3.......MyEm0.Com

"kalau saya ada duit, memang saya dah masuk minang awk" .......blushing.........MyEm0.Com

kawan aku pernah kata, biler seseorang mengeluarkan kata-kata gitu, dan kita berasa sangat gembira sampai mau mengeluarkan air mata, itu barulah bermakna kita memang bersungguh-sungguh dan bersedia untuk menukar status diri dan melangkah ke alam perkahwinan....betul erk??????MyEm0.Com

kahwin, bunyik dia mmg sgt best.......oooooo, antara idaman aku.......aku mmg nak kawen!!!!MyEm0.Com

tapi masalahnya, bukan skrg, dan maaf saya katakan pada awk, saya tak dapat nak terima kata-kata awak tu...huhuhuhuhu........*blum cukup umur* MyEm0.Com

eeeeemmmmm, masuk yang ini, dah 3 orang ajak aku kawen, apakah???? nape suma orang nak kawen nih???? aku memang tak pahammmm...... adoi... MyEm0.Com

pape hal pun, aku tetap akan kawen satu hari nanti, jangan risau, dan siapa yang akan menjadi pasangannya, biarlah jodoh, masa dan Allah yang menentukan.... MyEm0.Com

*terasa nak menahan diri supaya menikmati cinta selepas berkahwin, rasa-rasanya aku mampu tak????*

Cuti.................adakah?????????????

Assalamualaikum.....

hari ni, 29 April 2010, Ukm semakin sunyi nampaknya.... mungkin kerana peperikasaan yang bakal berakhir besok dan kebanyakkan pelajar memang dah hbs awal paper mereka.... macam aku jugak, paper last adalah pada hari selasa, 27 April 2010.... dan selalunya akulah antara manusia terawal yang akan meninggalkan Ukm nih, tapi kali ni, kenapa aku masih berada disini, adakah kerana aku tidak sanggup mahu meninggalkan Ukm Terchenta ni???? ooooo, aku chenta mati lagi sama rumah aku.... sebbanya adalah, jadual yg dah tersusun rapi....oooohhh, kehidupan sebagai mahasiswi tak semudah yang dibayangkan rupanya.... sekarang, tengah kelam kabut menyiapkan persiapan untuk OPKIM atau nama penuhnya adalah Operasi Khidmat Masyarakat... tapi kerana kami adalah badan kebudayaan UKM, maka operasi ini dipanggil Khidmat Seni Masyarakat UKM...Fuuuuhhhh, besok ptg, kami akan bertolak ke sekolah yg telah terpilih kali ini, iaitu sebuah sekolah yang ssssaaaaannngggaaattt jauh, mungkin mengambil masa yg lama untuk sampai ke sana........................jika merangkak...kalau naik bus, masa yg diambil untuk sampai ke sana akan mengambil masa selama........jap, kira2..................10.................minit..
hahahahhahaha....mau tau sekolah apakah????? SMK Convent Kajang.... ooohhh, tk berkembang lagi otak aku..biler ar dpt handle program sekolah jauh2 sket...baru best...(plus sekolah perempuan suma, aarrgghh). pape hal pun, aku ada rasa agak teruja jugak nak pergi mengajar kat sekolah ni esok sampai ahad...adik2, tunggu kedatangan akak2 dan abg2 yah!!!!
balik dari OPKIM, aku akan pastikan aku akan terus sampai ke rumah, kerana isnin, aku sudah mula kelas...U3, Sejarah Pemikiran.....*tajuk pun dah menyeramkan*
ooohhh, bila mau cuti..... 10 Mei, akan bertolak ke Pendang Lake Resort, Kedah, untuk perkhemahan Makum......sehingga 12 Mei, dan kembali kerumah, basuh2 baju kotor, sebelum ke UPM pula pada 15 mei untuk aktiviti anjuran SRM........ ni pun rasa agak tak sabar dan teruja walaupun aku yakin aku akan kepenatan sebab baru balik dr MAKUM.... tapi takpe, pengalaman itu penting.....
seterusnya adalah konsert diraja UKM, 21 Mei, arap2 tak perlukan penglibatan aku, muahahahaahha.....dan diikuti, MMP Batch 2010/2011..........tak sabar oohh~

Tetapi projek yg paling menyemakkan kepala aku skrg adalah kunjungan budaya UKM, dan tahun ini, kami akan ke India..... dan lebih malangnya adalah, aku adalah pengarah projek..tahniah cda diatas bala terbesar yg ko dpt........ sob3.....

papehal pun, semangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, April 26, 2010

Gegilo~

bila sye study smpai lewat malam MyEm0.Com esok pagi mesti sye jd mengong MyEm0.Com kalau ade orang melamar sye...MyEm0.Com mesti sye akan mimpi org tu bila tido MyEm0.Com sye harap org ikhlas n jujur ngn sye MyEm0.Com kalau die curaangg MyEm0.Com buat keje mesti sume x jd sebab tension MyEm0.Com lepas tu sye mula la merajuk MyEm0.Com selalu nyer orang yg dh curang die tak akan pujuk kite MyEm0.Com last last putus juge akhirnye MyEm0.Com tapi tak pe..patah tumbuh ilang berganti MyEm0.Com hehehehehehe,,,MyEm0.Comtu jer yg sye nk cerita MyEm0.Com bye bye n take care...daaaa~~MyEm0.Com

hye..

Sunday, April 25, 2010

Ibu~

Puisi untuk Ibu

sila hayati jika anda sayang ibu anda......

Pernah aku ditegur

Katanya untuk kebaikan

Pernah aku dimarah

Katanya membaiki kelemahan

Pernah aku diminta membantu

Katanya supaya aku pandai

Ibu…..

Pernah aku merajuk

Katanya aku manja

Pernah aku melawan

Katanya aku degil

Pernah aku menangis

Katanya aku lemah

Ibu…..

Setiap kali aku tersilap

Dia hukum aku dengan nasihat

Setiap kali aku kecewa

Dia bangun di malam sepi lalu bermunajat

Setiap kali aku dalam kesakitan

Dia ubati dengan penawar dan semangat

Dan

Bila aku mencapai kejayaan

Dia kata bersyukurlah pada Tuhan

Namun…..

Tidak pernah aku lihat air mata dukamu

Mengalir di pipimu

Begitu kuatnya dirimu….

Ibu….

Aku sayang padamu…..

Tuhanku….

Aku bermohon padaMu

Sejahterakanlah dia

Selamanya…..

oleh itu, hargailah jasa ibu kita.....

Saturday, April 24, 2010

I miss her... Sorry for your lost.....

Perkahwinan Hanisah bt Saari

Assalamualaikum....
Hari ini, sabtu, 24 April 2010, pukul 4.00 ptg, aku dikejutkan dengan satu berita yang aku tak sangka... on of my friends, agak close jugak masa sekolah dulu... sebab kami sekelas rapat 5 orang yg perempuan2 nih, hanisah, she lost her baby..... sangat sedih dan tumpang simpati untuk dia...
dia dah hampir setahun kot kawen... sangan sayang dekat dia sebab dia adalah penyeri dalam kumpulan kami dulu.. kalau ramai ingat aku seorang yang sgt happy, giler2, dia lagi lebih dari aku.. aku ingat mcm mana kami boleh menjerit masa jumpa kat pasar malam, dan dia dengan muka slumber jerit nama aku kuat2 sampai satu pasar malam pandang, hahahahahah... lepas tu borak tak ingat dunia... aku ingat lagi masa dia kawen, mcm mana kitrg boleh borak2 masa tok kadi tgah ceramah kat depan, tak pasal2 kene tegur.... pengantin kene tegur, hahahhahahah..aku ingat lagi mcm mana perangai da kat sekolah dulu, pengawas samseng ni, dia pun sama skip kelas, hahahahhahaha.... ko memang sgt giler nisah...and I really miss you...... aku just boleh doakan ko tabah dan kuat kat sana k.... ko duk Sabah skrg, ikut suami, jadi kami takde kat sana nak support ko, tapi kami kat sini sentiasa bersama kau, jangan sedih2 ok, mungkin belum rezeki lagi, kau pun muda lagi kan, so, usaha!!!! hehehehehe, jangan pedulikan apa org keliling ko cakap, yg penting, jaga kesihatan ok...... we really miss u darl~

*nisah dinasihatkan menggugurkan kandungannya kerana mengandung luar rahim....be strong my girl!!!

Friday, April 23, 2010

Keperibadian diri seorang Wanita vs Lelaki


1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat
menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki
ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan
sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan
berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik
ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan
apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala- galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin,ia hafal
seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan
pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum
lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin
lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan
mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang
ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya
uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya. dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan
mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang
ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya
uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

Thursday, April 22, 2010

Luhur......Hilangmu Tiada Pengganti...


Luhur

Singkap kembali detik akhir bersama
Linangan airmataku menitis
Dalam pelukan dakapan yang terakhir
Mengalir darah membasahi bumi
Pergi yang tak kembali untuk selamanya
Segar indah namamu di hatiku

Perjuanganmu bagai lilin membakar
Bersinar menerangi kegelapan
Rela berkorban meredah onak berduri
Jasa baktimu sejernih air di kali
Bersemadilah engkau aman di pusara
Sinar cahaya murni keramatmu
Berjihad biar menitis oh darah terakhir
Menjadi lambang cinta yang terluhur

( korus )
Sayu dan pilu bermain di jiwaku
Hilang mu kini tiada pengganti
Hanya namamu tersemat di kalbuku
Menjadi satu kenangan abadi

( ulang korus )

Menjadi satu kenangan yang abadi

Notakaki : Ditujukan khas kepada sahabat-sahabatku yang telah kembali ke Rahmatullah, kalian semua tetap dihati.. Menjadi Satu Kenangan Abadi... Arwah Mohd Sani, Arwah Ismat Syafiq dan Arwah Azhar..... Semoga kalian berada dikalangan mereka yang beriman, kenangan bersama kalian akan terus tersemat dihati.... love you...

Sunday, April 18, 2010

apakah...............

Tiap kali dia senyum, ketawa bercerita...
aku jelleezzzzzzz!!!!!!!
motip ko nak jelezzz pun...bukan laki ko pun weh!!!!!!!

Saturday, April 17, 2010

song for today~

Penyanyi: Siti Nordiana
Tajuk Lirik Lagu: Kasih Mu Seakan Berubah

Benar cinta itu buta
Kerna aku masih menyintai mu
Renung mu senyum mu
Ke mana lari sembunyi

Kita sememang sejiwa
Dulu kita sungguh bahagia
Rindu mu kasih mu
Seakan kini berubah

Dalam resah ingin lupakan mu
Terasa ingin membenci dirimu selamanya
Kerna kau buat aku terluka
Tapi hati berkata
Tiada yang terbaik dari mu kekasih
Yang menyayangi ku
Siang dan malam mu
Saat-saat ku memerlukan mu
Bagaimana 'kan ku berpaling darimu

Benar cinta itu buta
Kerna aku masih menyintai mu
Sedangkan kasih mu
Seakan kini berubah

Kembalilah
Semikanlah
Sehingga...
Akhir... hayat

Thursday, April 15, 2010

Senandung Semalam~

Berirama senandung semalam
Ku terkenang peristiwa silam
Di mana aku dan si dia
Cinta benar cinta

Kau mencurah apa yang di rasa
Ku dibuai oleh angin senja
Budimu yang seikhlas itu
Akulah kekasihmu

( korus )
Kini tinggal kenangan belaka
Di taburan bunga pusaramu
Ku berdoa agar dikau
Aman bertemunya

Oh! kenangan tinggallah kenangan
Engkau pergi telah ditakdirkan
Diriku termenung menjauh
Bersama senandung semalam

( ulang korus hingga akhir )

Lagu ini, senandung semalam, by alleycats dan dinyanyikan semula oleh jamal abdillah, sangat memberi maksud yang mendalam, kisah cinta yang tidak kesampaian, kisah cinta yang dipisahkan oleh ajal.... suddenly, i really miss him, tak tau kenapa, aku jadi sangat rindu pada dia, Arwah Sani.......... insan yang pernah hadir dalam hidup aku, mungkin insan pertama yang mengajar erti cinta dalam hidup aku, walaupun pada waktu itu, cinta itu hanya digelar cinta monyet oleh kebanyakan orang..... bermula dengan pertemuan dan perkenalan yang tidak disangka, kenduri kahwin itu menemukan kami, sangat seronok, dengan niat hanya mahu bermain mata, mencuba nasib, rupa-rupanya dia juga melakukan perkara yang sama.... adiknya, ehsan, dihantar sebagai pengutus surat, dan akhirnya bertukar kepada no. telefon, tapi kerana ketika itu, hp masih belum mampu dimiliki, hanya telefon rumah yang ada.... memang kelakar apabila teringat kembali kisah itu, bagaimana perasaan berdebar2 setiap kali telefon berbunyi, bukan kerana dia, tapi kerana ibu, hahahahahaha.... tapi sepanjang perkenalan, tak pernah ibu yg mengangkat telefon ketika dia menelefon... setelah hampir stahun begitu, aku menamatkan persekolahanku.. hp sudah dimiliki, tiada lagi masalah disitu... aku melangkah ke matrikulasi, aku rasakan dia semakin jauh denganku, akhirnya, dia hilang begitu sahaja.. jangkaanku mungkin dia sudah ada yang lain, dia ku lupakan... tetapi kerana kenduri kahwin juga, kami bertemu semula, dia mengatakan segan berkawan denganku, aku budak bandar, belajar tinggi, sedangkan dia budak felda, belajar setakat SPM, kerja pun tiada, hanya kerja-kerja kampung yang mampu, aku terkejut.. kerana itu dia meniggalkanku, tanpa sepatah kata, dia terus pergi, meninggalkanku... aku hanya mampu berdiam diri dan melihatnya dari jauh, dan akhirnya, ehsan sekali lagi dhantar untuk mengutus surat memohon maaf.. aku terima dengan hati yang terbuka... sudah setahun aku di matrikulasi, kami masih berhubung, walaupun hanya sekadar kawan, dia selalu bertanyakan khabarku, pelajaranku, tetapi, bulan kedua, tahun kedua aku dimatrikulasi, dia sekali lagi menghilangkan diri.. oleh kerana dia jiran sepupuku, aku bertanya kepada sepupuku tentang dia, jawapan yang ku terima agak mengecewakan, dia telah membawa diri ke melaka, kerja katanya, mahu mengubah hidup... tetapi sebenarnya itu semua adalah alasan dia supaya aku tidak lagi mencarinya... dia sebenarnya sedang bertarung nyawa, penyakit yang tak dpt dikenalpasti oleh ilmu sains, menurut kata, dia terkena buatan orang, busung... terkejut aku mendengarnya, ingin aku melawatnya, aku dihalang, dia tak mahu berjumpaku, malu katanya, sedih, mmg sedih, tapi itu permintaannya..aku hanya mampu memandangnya dari jauh, kerana rumah sepupuku bertentangan dengan rumahnya, aku dpt lihat kesengsaraan diwajahnya, ketika dia melihatku dr anjung rumahnya, aku rasa seperti mahu pergi dan memeluknya, mungkin itu mampu mengurangkan kesakitan, tapi, dia tidak ingin berjumpaku..... akhirnya, peperiksaan akhir tahun dua di matrikulasi, aku mendapat khabar dari sana, dia telah pergi menghadap Illahi, hanya air mata yang aku mampu keluarkan, tiada kata-kata.... semoga rohnya dicucuri rahmat, cinta darinya, adalah untukku, dan dia adalah selamanya dihatiku....love u Mohd Sani........

Tuesday, April 13, 2010

Removing...Deleting.....

Assalamualaikum....
waktu : 6.50 ptg
tempat : K6Q110, KAB
mood : undefined......

baru balik dari exam paper law, berjayakah aku jawab, ntah ar, malas mau pikir, malas mau ingat, dah lepas biarkan lepas....

apa yang aku tau skrg, khamis, ekonomi, paper yg aku rasa the worst ar tuh sem nih, sebab kelas dia pun aku pegi mcm tak pg.... masuk, duduk, dengar, balik....masuk 0 kuar 0..... sama mcm kalu aku tak pegi, tp kehadiran, pegi jelah, dpt gak masuk dua tiga mende kadang2, alhamdulilllah...

ada bnyak benda yg aku try untuk removekan dr dalam hidup aku kebelakangan ini...sangat banyak, dan kebanyakkannya adalah perkara2 yg aku minat, orang2 yg aku sayang, harapan2 yg tinggi menjulang dalam hati, tapi bila kenyataan mengatakan ia harus dibuang, maka ia HARUS!!!

perkara terkhir yang aku buang adalah, from my fb wall, kalu ada yg perasan, bagus ar... bukan sengaja mau remove dr situ, tapi aku ras itu yg sepatutnya...

memg dari dulu, aku bukan jenis berkawan sgt2 rapat secara beramai2, dlam erti kata lain, aku ada group sendiri, kemana-mana, itu adalah group aku....

even perkara itu dah banyak kali aku cuba buat, ramai jerk yg sudi berkawan, tapi akhirnya aku mesti akan jd penyebab masalah ataupun aku sndr akan menarik diri...bukan sebab aku sombong, tapi sebab merasa diri tak layak berada disitu...

memang seronok bila hidup sentiasa dikerumuni kawan2, hidup ada yang mengambil berat, hidup sentiasa bersama-sama...tapi apabila kepuasan dihati setiap satunya mula diuji, kegembiraan yang tercipta dikalangan kita adalah satu ciptaan semata-mata, gurauan adalah satu gurauan semata-mata..itu bukan aku...

maaf kepada kawan-kawan yang sanggup terima aku sebagai kawan, hidup bersama kalian memang indah, bukan persahabatan kita putus disini, hanya biarlah status kawan itu kekal sebagai kawan, memang dr dulu lagi, tiada istilah sahabat dalam diri aku, bukan sebab aku terlalu memilih, tp kerana aku sedar siapa diriku...

aku seorang yg sgt suka berterus-terang dan memang aku dilahirkan dikalangan mereka yang cakap lepas, sebab itu keadaan itu sering terjadi kepadaku, maaf kepada semua yang pernah terasa keranaku, itu antara sebab kepanap kita semua tak boleh bersahabat, biarkan hubungan kawan itu hanya sekadar kawan.....

kenangan memang sentiasa indah, walaupun kenangan itu pahit, bile ia menjadi kenangan, ia tetap akan menjadi indah...

teruskan berkawan, semoga tiada lagi hati-hati yang akan dilukai, apabila kita berkawan......

Sunday, April 11, 2010

exam......giler......

Di suatu pg yg indah....(best kalu sambung tido)

huh, dah kul 10..giler tul, tak hbs study lagi.....bangun2...

nak mandi tak???? nanti ar, nak p exam aku mandi..lalalalallala...

kura-kura.....slamat pagi!!!!! awal korg bangun, nape tak kejut aku tadi...takleh arap ar korg ni, keje duk men panjat2, jatuh terbalik, tuh jelah korg tau...haish.. jom, korg kene mamdi.....

dah siap mandi, korg duk sini diam2, aku nak study....*sambil on laptop*

ukm jaring....sign in....facebook....eehhh???? hahahahhaha, kura-kura, jangan bgtau ibu tau, kata mau study, fb gak aku bukak dulu....

ko pandang pe???? mesti korg nak report kat ibu kan, ko jangan, aku biarkan korg kekeringan kang...nak2???? hah, sambung panjat2, tau pun takut ngan aku..

bosan ar, mana suma org nih....hadoi.....buka note ar.... nape ar masa baca rasa cam dah tau suma mende.... kang ngadap paper mula ar pandang kiri kanan kan....

definisi pengurusan tanah mampan, FAO 1989, OKIGBO 1991, FAO 1991, Spencer dan Swift 1991.....rumusan definisi.....ok, on fb smula...lalalalalalala~

dah kul 12......rumet pun dah balik exam, *jeles* bestnyer, dia dah leh mula hafal law plak, aku tak ingat pap law...aarrgggghhhhhh...........tgok fb smula, lalalalalalalala~

lambat plak masa nih berlalu, malas dah nak baca note, nak p jawab exam jerk terus.....muka yakin, dalam hati ada tanah....hah??????

ok, tuh jerk nak citer, mana ada pape pun, hahahahahahha, yang korg p baca tuh wat mende...mana ada citer pape pun....hahahahhahahahha...gelak sorg2.......

masak nasik agi bagus........

slamat menduduki peperiksaan kpd suma..........kepada chikaro@kura2, jangan report pape sama ibu, nanti aku belikan kangkung tuk korg...ok!!!!!

publish post...........salam~

maaf..saya sudah bertunang

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! " Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

............ ......... ......... .........

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "

"Moga Allah memberkatinya. ..."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."