MaRi BeRsAmA-SaMA MeNyELaMi JiWa iNI

Monday, February 25, 2013

Untuk encik tunang disana.....

Sila jaga diri anda... 
Sila jaga kesihatan anda...
Semoga cepat sembuh....


Kisah Balang, Batu Besar, Batu Guli, Pasir Dan Air

Assalamualaikum....
Pernah dengar tak kisah seperti tajuk diatas (malas nak tulis semula sebenarnya)
Mesti pernah kan...
Tapi kali nih saya nak juga ceritakan semula
Mungkin untuk mereka yang tidak pernah mendengar ataupun pernah mengetahui tetapi dalam konteks yang berbeza...

(Cerita ni saya dapat dari majalah APO! ada juga moralnya dalam komik mcm ni)

Satu hari, seorang majikan menyuruh seorang pekerjanya yang terlalu obses dengan pekerjaannya sehingga menimbulkan masalah didalam keluarganya sendiri...

Majikan : Saya tengok awak sekarang seperti ada masalah? Boleh saya tahu apa masalahnya???
Pekerja  : Kenapa bos??? Kerja saya merosot ker??? Saya dah mencuba yang terbaik...
Majikan : Kerja awak tiada masalah, malah awak seorang pekerja yang sangat berdedikasi, tetapi saya dapat rasakan awak ada masalah dirumah, bersama keluarga awak?? Betulkan saya jika saya tersilap.

(Pekerja termenung seketika..........)

Pekerja  : Memang saya ada masalah dirumah bos, saya sendiri tidak faham apa sebenarnya masalah saya bersama keluarga saya. Saya dah lakukan yang terbaik untuk mereka. Saya sediakan keperluan secukupnya untuk mereka, makan, pakai, malah kemewahan... Tetapi isteri saya seperti semakin dingin dengan saya, anak-anak pula seperti hanya ada ibunya didalam hidup mereka. Sedangkan saya tidak pernah memarahi, mengherdik apatah lagi memukul mereka. Apa sebenarnya salah saya bos???
Majikan : Bila kali terakhir kamu meluangkan masa bersama mereka??? Bila kali terakhir kamu membawa mereka bercuti??? Bila kali terakhir kamu menyemak kerja sekolah anak-anak kamu???

 (Pekerja hanya diam dan tunduk)

Majikan : Itu silapnya kamu....
Pekerja  : Tetapi saya keluar mencari rezeki, untuk kesenangan mereka, malah saya bantu syarikat untuk semakin maju bukan???
Majikan : Itu memang saya akui, kamu sangat membantu syarikat, tetapi bukan pekerja seperti itu yang saya mahukan... Kamu pernah dengar kisah balang, batu besar, batu guli, pasir dan air?? Mampukah kamu masukkan kesemua bahan tadi kedalam balang tanpa meninggalkan sedikit pun baki diluar???
Pekerja  : Batu besar saja sudah pasti memenuhi balang tersebut, masakan ia boleh muat kesemuanya didalam balang tersebut???
Majikan : Ianya tidak mustahil, jika kamu memasukkannya mengikut turutan yang betul dan sabar. Jika saya katakan saya masukkan batu besar berkenaan dahulu, pasti ia meninggalkan ruang2 diantaranya bukan?? Kemudian saya masukkan pula batu2 guli dan goncangkannya sehinggan ia muat didalam ruang2 yang ada, muat bukan??? kemudian saya masukkan pula pasir2 halus diantaranya secara perlahan2, dan goncangkannya lagi, pasti ia akan muat bukan?? dan akhir sekali, saya masukkan air secara perlahan2, akhirnya pasti semuanya akan muat bukan??? Itu yang saya maksudkan didalam kehidupan kita, anggap batu besar adalah orang2 yang paling kita sayang, ibubapa, pasangan, anak-anak, keluarga kita, mereka paling besar dan utama, dahulukan mereka... kerja, kereta, rumah, kemewahan, itu adalah seperti batu2 guli, ia akan muat diantaranya, akan datang juga, dan akan selari dalam hidup kita, dan pasir2 halus adalah perkara2 sampingan dalam hidup kita, seperti keseronokan, kegembiraan, kita pergi bercuti bersama keluarga, kita keluar minum lepak2 bersama kawan, itu semua akan ada diantara ruang2 hidup kita, dan air itu adalah seperti kasih sayang kita yang akan terus mengalir dan memenuhi ruang2 yang ada dengan sendirinya... Jadi mana yang paling utama?? Jika kamu masukkan batu2 guli dan pasir dahulu, kamu rasa muatkah batu2 besar tadi didalamnya kemudian?? dan jika kamu masukkan air dahulu, adakah kamu mampu menjamin ia tidak akan tertumpah keluar kemudian nanti??? Jadi mana lebih utama???
Pekerja  : Terima kasih bos.... baru sekarang saya faham segalanya....
Majikan : Tetapi bukan maksud saya awak boleh abaikan kerja awak, cuma susun betul2 jadual hidup awak..... Faham bukan???
Pekerja :  Insyaallah bos, saya akan lakukan yang terbaik didalam hidup saya....

Cerita ni sangat menarik perhatian saya nak baca, sangat betul, sangat tepat.... Tapi dalam komik APO! tuh lagi menarik sebab ayat-ayat komik kan.. + ada gambar skali.... (dah macam promosi komik APO! plak)

Tuh saja post untuk kali ini... Salam Sayang Semuanya... :)

Sunday, February 17, 2013

Kursus Perkahwinan KAMI!!! (16-17 Februari 2013)

Salam....
Hati tengah agak berbunga-bunga + berdebar-debar...
Susah rupanya nak jadi isteri ni yer...
Nih suma lepas habis kursus kahwin hari mggu lepas...
Rasa mcm dah grad pulak lepas habis kursus nih semalam, hehehe...


Antara Ustaz Yang Paling Best... Imam besar masjid besi, Putrajaya...
Topik dia.... Pembubaran Perkahwinan & Akidah Suami Isteri....
Dia kata muka peserta semua ketat masa cakap tentang pnceraian...
Maunya Tak!!!! Huhuhuhuh.... Takut.... Tapi ilmu kene tau....


Simpan.. Banyak maklumat berguna....


Nampak tak encik tunang saya???? berbaju hitam disebelah sana... 
Seronok gelak dengar ceramah.... :)


Tempat kejadian..
Masjid Negara...

Semoga Kita Bersedia Memikul Tanggungjawab Baru Ini... Semoga Kita Bahagia Selamanya...
Insyaallah...

Saturday, February 9, 2013

Wanita vs Lelaki


Seperti teori jumlah warna yang ada, jawapan diantara lelaki dan perempuan, itu sudah menunjukkan betapa berbezanya pemikiran, tingkahlaku dan pendapat perempuan berbanding lelaki.... 

Kadang-kadang ungkapan TIDAK @ TAKPE LA adalah tidak selari dengan apa yang tersimpan di dalam hati seorang wanita… Sebalik perkataan itu dia mengharapkan pasangannya faham keinginan dan kehendak mereka yang sebenarnya… Tetapi lelaki kurang faham kata2 kiasan seperti itu kerana mereka lebih bersifat straight forward dan akan menggangap itu adalah perkara biasa... Bile tiada pujukan daripada lelaki maka wanita akan dilanda kecewa....

Perempuan sangat sukakan kejutan daripada pasangannyer, walaupun dia menyatakan yang dia tidak sukakan apa2 bentuk kejutan tetapi disebaliknya dia selalu mengimpikan pasangannyer membuat kejutan yang luar biasa dan mereka akan terharu dan menangis… Wanita menangis bukanlah kerana tidak suka tetapi mereka menangis sebab terlalu gembira… Dan memori seperti itu akan sentiasa kekal abadi bersamanya....

Wanita sangat suka bile dipuji oleh pasangannya kerana pujian itu mampu menggetarkan hati seorang wanita… Jika selalu sangat dipuji, tetapi pabila tiba masa lelaki lupa atau terlepas pandang untuk memuji pasangannya, wanita akan rase kehilangan satu-satunya perkataan yang sentiasa dinanti-nantikan dan mereka akan merasa kecewa....

Wanita memang senang memaafkan pasangannyer, tetapi amat sukar melupakan kesalahan yang pernah dilakukan oleh pasangannyer… Sebab itu la, apabila pasangannyer mengulangi kesalahan yang sama mereka akan terasa tersangat kecewa.... Tetapi tetap akan memaafkannya.... Hati wanita kan lembuttt sangat....

Wanita lebih menepati janji berbanding lelaki kerana baginya janji adalah sesuatu yang penting, meraka sanggup membatalkan segala urusan demi kerana janji dengan pasangannyer… Manakala lelaki sanggup membatalkan janji dengan pasangan jika terdapat perkara yang tertentu… Walaupun sekadar ingin menonton perlawanan bola  sepak dengan kengkawan....

Hari-hari wanita ingin menjadi yang terbaik untuk pasanganyer… Setiap kali mereka ingin kelihatan paling cantik untuk pasangannya… Supaya mata lelaki kesayangannya itu hanya tertumpu padanya sahaja berbanding lelaki yang tidak kisah pakaian ape yang dipakai semasa keluar dengan pasangannya, walaupun hanya pakai selipar jepun,Track Bottom dan T-shirt sahaja....

Bagi wanita, pasangannyer adalah orang paling penting selepas keluarga… Dan kalau boleh segala suka duka,masalah dan pertolongan mereka ingin beritahu pasangannya sebelum beritahu orang lain… Jika diwaktu kecemasan mereka hanya teringat untuk minta bantuan daripada pasangannya dahulu.... Walaupun pasangannya jauhhhhhh nun disana, sekurang-kurangnya boleh tolong dalam bentuk nasihat or what else yang dikire logik… Tetapi lelaki, bile dah settle semua baru la dia teringatkan kita ni, itu pun kalau teringat la kan....

Bagi wanita BF @ suami adalah segala-galanya baginya, die sanggup tolak pertemuan dengan kengkawan lama demi janji dengan pasangannya… Ade tu putus kawan demi pasangannya… Tetapi lelaki, kawan adalah segala-galanya… Walaupun mereka hanya baru berkawan 2,3 bulan berbanding dah bercinta@berkahwin yang dah bertahun-tahun....

~! Selami dan fahami sendiri wahai kaum lelaki... ~!

Tuesday, February 5, 2013

Pre - Wedding.... Tasik Cempaka....

Disebabkan sekarang nih dah mcm trend ada pre-wedding before true wedding..
So, berminat jugak nak try...
Kebetulan my uncle suggest sorang fotografer dengan harga yg quite murah...
So, enjoice...
(tapi sket jerk, lum lulus sepenuhnya lagi...) 









Monday, February 4, 2013

LOVE IS.....