MaRi BeRsAmA-SaMA MeNyELaMi JiWa iNI

Wednesday, September 29, 2010

~ Hujan... Kenangan ~

Assalamualaikum...
Kolej Pendeta Za'ba
C2324
Hujan, semakin menebal
Angin, semakin bertiup kencang
Langit, semakin berarak mendung

Keadaan begini,
kadang-kadang sangat aku nanti,
terasa kesegaran alam semulajadi itu menenangkan,
tetapi,
bukan setiap masa keadaan ini menghiburkan hati,
kadang-kadang, angin yang melepasi tingkap bilik ini,
seperti membawa sekali kenangan yang tidak disenangi.....
Dan,
saat ini, apa yang aku harapkan,
cuma satu....
Bawalah angin ini pergi,
bersama-sama kenangan yang tidak aku ingini,
semoga matahari akan muncul semula,
membawa semangat yang memancar..

p/s: bila cinta (male version) berkumandang.... really miss him~


Monday, September 27, 2010

~ keMerEpekAn ~


MyEm0.Com

Saya Suka Kamu Sebenarnya......

Tapi, Saya malu nak bagitau kamu....

MyEm0.Com

Jadi, saya bagi kamu hint sket....

Dengan harapan kamu faham maksud saya......

MyEm0.Com

Tapi, saya rasa kamu tak faham pun sebenarnya...

hadoi...... sedey betul kamu nih...

MyEm0.Com

Takpe ar.....

Saya carik yang lain jerk, lalalalalala......

MyEm0.Com




~ yang aku rindui ~

Assalamualaikum....
saat-saat mengadap thesis + assignment yang berlambak-lambak dan tak tau biler nak siap nih, kepala dan pikiran pun mulalah melayang-layang, duk ingat macam, duk bayang itu ini, dan tetibe terasa rindu aku pada banyak perkara yang dah lama aku rasa aku tak jumpa, tak dapat buat, dan tak dapat lalui sekarang nih.....then, aku terasa nak listkan apa yang aku rindui, moga2 ada pihak yang dirindui merindui aku jugak, hehehehehhehe.....

Yang aku rindui :

1) Zaman kanak-kanak
2) Zaman persekolahan
3) Uniform sekolah, hohohohho... takyah ari2 pikir nak p kelas pakai baju apa
4) Zaman cinta monyet, hehhhehe......
5) Kesibukan dan kepadatan jadual sekolah dulu...
6) Pergi tuisyen
7) Kawan-kawan sekolah... (tadika, primary and seondary)
8) Pakai uniform PRS and Puteri Islam, oohh~
9) Stay untuk bertugas kat bilik disiplin dan koperasi
10) usha senior hensem kat padang sekolah
11) Nasi Lemak dan Teh Ais pakcik depan sekolah
12) Gaduh dengan Ahmad Asraf, musuh paling ketat!!~
13) Curi-curi bawak motor
14) Curi-curi ayut kat telefon
15) Curi-curi keluar dating
16) Hias Kelas
17) Hari Kantin, Hari Sukan, Hari Guru, Hari Penyerahan Report Card
18) Jadi MC time assembly dan wakil buat persembahan untuk PRS
19) Lepak ngan 4 orang sepupu tersayang kat jeti sungai hujung kampung
20) Pakai baju sedonodon ngan sepupu
21) Pakat takmo makan sama-sama ngan sepupu
21) Mandi sesama, alalalalaal~ (curik berendam dalam kolah) :P
22) Lawan ngan sepupu sape dpt pakwe dulu masa kenduri kawen...hahahahhah~
23) Lari nyorok blakang sekolah, lari pergi tandas kalu kene hantar nota
25) Fatin, Nisah, Mimi, Adilla, Khairun, Qamar, Paan, Haziq, Aidyl, Safwan, Ridzwan
26) Sahabat-sahabatku yang telah kembali ke Rahmatullah, Al-Fatihah (Arwah Azhar, Arwah Sani, Arwah Ismat)
27) Semua kawan-kawan sekolah......Geng2 PRS, Geng2 Puteri Islam, Geng2 koperasi..
28) Tengok wayang.....(sentiasa merinduimu)
29) Pegi stadium, tgok bola....wawawawawa!~
30) Mohammad Ashraf, sepupu tersayang, biler mau dtg lepak ngan aku lagi....
31) Senior2 ARTISUKMA, Tahun pertama dan kedua aku dalam ARTISUKMA..

penat plak aku nak berpikir, sebab kalu boleh, suma aku nak listkan, sebab aku sentiasa rindukan korg semua, dan aktiviti-aktiviti yang sihat mahupun separa sihat yang aku selalu buat..... kepada sesapa jerk yang baca post nih, yakin ar, aku rindu korg....

Thursday, September 23, 2010

~ apa ertinya yang sebenar ~

Assalamualaikum....
jam dah tunjuk pukul 4.45 pagi...aku masih duk mengadap lappy terchenta....
dah kata pun lappy aku nih jantan kan, ikut kuiz yg dlm fb tuh, hehehhehe....
so kene ngadap lebey ar sket.....lalalalalala~

tetibe aku terasa nak menulis tentang satu perkara yang menjadi masalah umum warga2 remaja mcm aku nih...*remaja ker*
dikala umur mula memasuki zon alam percintaan dah perkahwinan, masalah perasaan ini dah menjadi satu masalah yang aku fikirkan tak boleh nak diabaikan sebenarnya...
orang kata, ketika umur begini, bercinta itu adalah sesuatu yang series, percintaan yang dicari adalah yang sebenar, yang kalau boleh, untuk dibawa mati....
pasangan yang bertakhta dihati, kalau rezeki adalah pasangan ke jinjang pelamin, dan membawa sehingga ke akhir hayat....
tetapi apa sebenarnya yang kita mahukan dalam usaha kita mencari cinta sebenar itu sebenarnya............itu yang aku sendiri sentiasa fikirkan....

ketika kita berusaha mencari cinta itu, banyak pandangan dari mulut-mulut disekeliling yang memberi pendapat, ada yang berpengalaman, ada yang menilai dari mata kasar, dan tak kurang yang meluahkan mengikut perasaan dendam dihati...
mana satu yang lebih baik untuk diikuti...... C.I.N.T.A.................apa yang terbaik sebenarnya....
1) mencintai orang yang kita cintai...
-kelihatan indah, tapi bukan mudah diperolehi dan bukan semua yang bertuah memiliki..
2) mencintai orang yang mencintai kita...
-kedengaran mulia, tapi bukan semua orang mampu menipu perasaan sendiri...
3) mencintai orang yang kita ingini...
-cinta itu tidak boleh dipaksa kan....

payah kan sebenarnya....aku sendiri mengalami masalah yang sama, mencintai orang yang tidak mencintai aku..*maybe* dan menolak orang yang bersungguh-sungguh mencintai aku.....
apa yang aku nak sebenarnya....sedangkan ada yang terbaik didepan mata, aku tetap memilih jalan yang sukar, yang akhirnya membuatkan aku makan hati seorang diri..tak ker bodoh mcm tuh......tp seperti yang aku tulis diatas, bukan semua org mampu menipu perasaan sendiri...
dan aku adalah orgnya, tak sanggup terus menipu perasaan sndr, dan melukakan perasaan dia..
ada juga pihak yang memilih untuk memilih yang kedua bila sudah ada yang pertama....itu juga satu masalah yang aku rasa ramai alaminya.... tapi itu semua terpulang pada pendirian masing-masing dan kepandaian masing-masing membuatkan pilihan mereka itu selamat....

apa pun masalah yang kita hadapi, ingatlah, semuanya bergantung dan terletak pada pemikiran dan pandangan kita sendiri..pilihan hanya ada pada diri kita sendiri...*kecuali kawen pilihan keluarga, ohhh tak sanggup*
dan sentiasa ingat, cinta teragung adalah cinta kita pada yang satu, pada Illahi......

Monday, September 20, 2010

~ Syawal...UKM - Cheras - Beranang - Melaka - Terengganu - Johor - Selangor - Kelantan - UKM ~

Assalamualaikum, Salam Aidilfitri......
Akhirnya, kemeriahan syawal yang dinanti telah pun berlalu pergi....
sekarang kehidupan sebagai seorang pelajar kembali dijalani....
Proposal, Thesis, Assignment, Lecture, semua sudah lama menanti.....
Cerita hari raya 2010....hhhmmmm....
nothing special for this year i guess..... semuanya nampak kurang meriah tahun nih....
maybe sebab my sis n family semuanya beraya belah suami masing2, jd kami tinggal berlima jerk, agak membosankan......
yang lainnya pada tahun nih, maybe cara aku bertudung, hahahahhaha....
aku mula blaja pakai selendang, dan raya kali nih, setiap hari aku pakai selendang...
(tak pening kpala mana nak cari tempat seterika) :P
dan perubahan itu nampaknya disedari, lalalalalalaal, rupa-rupanya ramai yang memerhatikan aku selama nih erk, hahahahahhaha.....*perasan jap*
sampai atuk aku sendiri tak perasan aku.........ayat pagi raya...."nih anak sape dtg raya pagi2 nih, org baru nak pegi smyang raya" hahahahhahaha....gelak besar suma org, atok, nih cucu atuk ler....anak sape plak lahi, mana ada org dtg raya sebelum semayang raya tok.....*sabar jelah*
balik kempung ayah kat melaka, semua menegur, aku nampak lain, dah boleh kawen gayanya...erk, ada ker patut, takde kene mengena lgsg~

satu lagi pengalaman menarik bulan syawal nih, kami diundang untuk jadi pengiring, mewakili pagawai kebudayaan UKM ker Bengkel Latihan Intensif Kelab Tunas Warisan UKM ke Kuala Krai, kelantan selama 4 hari 3 malam.....
series, kenangan yang sgt menarik dan unik, thanks to bebudak dikir yg sudi undang kami....
disana, aku blaja cara hidup orang-orang kelantan, adat budaya mereka.... majlis perkahwinan mereka, makanan mereka, cara hidup mereka....
sesungguhnya Malaysia memang sebuah negara yang kaya dengan adat dan budaya....
Kelantan totally different dengan Selangor @ Melaka....... (tempat aku)
majlis perkahwinan mereka sederhana jer, diraikan pada hari jumaat, pengantin diarak selepas sembahyang jumaat.... dan membawa sehingga ke senja hari......
majlis kelihatan biasa pada hari siang, kerana kemuncaknya adalah pada waktu malam.....
disana, persembahan dikir barat dan majlis perkahwinan ibarat aur dan tebing, tak boleh dipisahkan....*cceewwaaahhhh*

disini aku belajar cara mereka, dr sekecik2 budak sampai setua2 warga turun beramai2 untuk melihat persembahan dikir barat dr kumpulan pendikir kawasan tersebut ataupun jemputan..
malam nih, kumpulan tunas warisan akan berganding dengan satu kumpulan dr kawasan perumahan tersebut, series mmg giler meriah...huhuuuhhuh....

malam esoknya satu lagi kumpulan akan berganding bersama kumpulan tunas warisan untuk membuat persembahan di kawasan tadika kawasan perumahan berkenaan, mmg penuh kawasan tuh, semua trun, siap ada yang mengendong bayi2, pun turun sama meriahkan majlis, fffuuhhhh~ bleh tahan diorg nih, sampai kul 5 pagi pun leh bertahan kalu tak diingatkan suh berhenti, hahahhahahahha.....

apa pun, raya kali nih bnyk mengajar aku pengalaman yang baru, kehidupan yang baru, orang2 baru dan perasaan serta tanggapan yang baru......

semoga banyak lagi pengalaman akan aku perolehi sepanjang hidup aku....insyaallah.....

Tuesday, September 7, 2010

Rapuh by Opick

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Monday, September 6, 2010

Ya Allah, dia sahabatku ~

Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi.

Ya Allah,
Saya muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.

Ya Allah,
Sahabat ketawa, saya gembira,
Sahabat sayu, saya syahdu,
Sahabat layu, saya pilu,
Sahabat cemerlang, saya gemilang.

Ya Allah,
Kawan saya, sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.

Ya Allah,
Sahabat saya, buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.

Ya Allah,
Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,
Bermusuh kami, na`uzubillah,
Berpisah mati, inshaAllah,
Pengubat hati, do`a rabitah..

Thursday, September 2, 2010

~ Lena Dalam Jaga ~

Aku terlena dalam aku terjaga
Berjalan bagaikan di awanan
mencari-cari satu yang tak pasti
Bersama angin tiada kelihatan

Oh lambaian ombak laut
Senja nan merah
Gemersik hati ditiup bayu
Cuba mencapai layang-layang diangkasa
Bagai mustahil namun semuanya mungkin

c/o: Hati kita, suara kita
Kan tenggelam jika semua hanya memandang
Hanya melontar sembunyi tangan ketakutan
Berkata kosong, tiada makna

Aku dah pulang dari jahilnya hati
Mencari sinar dalam kegelapan
Apa yang pasti, akan ku temui
Satu impian dalam perasaan

Berkata benar walau menyakitkan
Biar apa pun yang terjadi
Jiwa gelodak hati tak keruan
Pedoman hidup jadi pegangan

Lambaian ombak laut senja nan merah
Gemersik hati ditiup bayu
Cuba mencapai layang-layang diangkasa
Bagai mustahil namun semuanya mungkin

ulang c/0



HAti TerDetiK, TanGan MeNaip, Mata MeLiriK....

Assalamualaikum....
lama dah rasanya aku tak bercerita dekat blog nih....
kalu post, sumanya lirik lagu or puisi2 yang aku rasa menarik hati untuk dikongsi bersama...
then, malam nih, tetibe rasa mau tulis something....
sekadar mahu mluahkan segalanya didalam hati.....
kalau dipikirkan semula, banyak sgt benda yang berlaku kebelakangan ni...
dan semuanya adalah perkara2 yang menguji ketabahan aku, semuanya melibatkan perasaan dan permainan air mata, ffuuyyoooo.....makin cengeng aku rasa aku nih skrg.....
biar aku mulakan satu persatu....

Pengajianku....
Kelihatan semakin lama semakin menuntut keteguhan hati dan semangat yg kental....
tugasan yg semakin bertimpa2, dan yg semakin bnyk aku tangguhkan....
kekadang menguji ketabahan aku untuk meneruskan kehidupan ni....
*salah aku gak kan, sape suh tangguh2*
thesis, satu perkataan yg pada aku sgt menjengkelkan skrg nih.......
semuanya kelihatan tak kene....sampai ada masanya, buatkan aku rasa mau abaikan...
tapi, mengenangkan ibuku, majlis graduasi yg telah sama2 kami janji akan tempuhinya tahun depan, aku kene teruskan.....air mata mengalir laju......

Persatuanku....
Kelihatan baik diluarannya....
tetapi dalamannya, hanya kami yang tahu.....
disini juga ketabahan dan kekuatan aku sebagai seorang ketua dan senior sgt2 teruji...
segalanya kelihatan menuntut kebijaksanaan aku untuk mengendalikan masalah2 yang timbul tanpa merosakkan mana2 pihak.....
bermula dengan pertelingkahan sesama juniorku didalam kelab sendiri, kemudian membawa kepada pergaduhan2 kelab2 dibawah naungan aku.....
aku perlu bijak mengawal keadaan tanpa membuatkan mereka berasa bosan dengan segalanya..
aku kene kuat, supaya mereka semakin bersemangat....
walaupun kadang2 aku terpaksa berlari kedalam tandas dan menangis, kemudian keluar semula dengan satu senyuman, aku sanggup..... tanggungjawab yg diberikan kepada aku, aku akan cuba untuk memikulnya.....cuma satu, sokongan kalian amat2 aku perlukan, jangan tinggalkan aku seorang diri menguruskan segalanya...... air mata mengalir lagi......

sahabatku.....
ini yang paling meruntun ketabahan hati aku....... knp semuanya kelihatan sgt sukar pada aku....
aku sayang semua sahabatku, itu yang pasti....
tp, bukan sikap aku menunjukkan sayang aku secara terus...bukan sikap aku untuk bersama2 menangis ketika kalian menangis, bersedih ketik kalian bersedih....
aku memang kelihatan tersenyum, dan gelak ketika kalian menceritakan cerita sedih kalian, bukan bermaksud aku tidak mengambil berat tentang perasaan kalian, tapi aku mahu kalian marah aku biler aku gelak ketika kalian bercerita sediah, dan kemudian kalian akan turut sama tergelak.... itu yang aku mahukan, aku tak mahu air mata aku mengalir bersama2 ketika kalian sedang menangis, nanti sape nak pujuk sape kan...... huhuhuhuhuhuhu~
tp mmg sikap aku yg agak kasar ini membuatkan kalian menjauhkan diri satu persatu dr sisiku, kemudian semuanya kelihatan semakin menjauh dan akhirnya menghilang...
takpe, asalkan kalian gembira, aku puas......
untuk kamu sahabatku yg paling aku syg, kata2 yang diucapkan ketika hari jadiku...

"selamat ari lahir ke 22. moga ko panjang umur dimurahkan rezeki, moga ko bertambah matang dlm menjalani kehidupan ko, apa pun jd, aku tetap jd kawan ko... insyaallah"

aku tak pernah lupakan....aku takkan lupakan...aku mau kau jadi kawanku semula, gelak ketawa, senyuman aku skrg, semuanya tipu sejak ko pergi dr hidup aku....... aku yg salah, aku yg kurg matang, tp aku tau ko sgt paham perangai aku kan, jd jangan tinggalkan aku.......

"aku nak ko blaja happykan diri ko dengan cara ko sndr"

ayat tuh berjaya buat aku menangis teresak2 malam tuh, dan itu adalah mesej terakhir dr kau..
aku hanya menyusahkan hidup ko kan sebenarnya, aku mintak maaf yer.. aku akan ikut apa yg ko mahukan..... aku sedang blaja happykan diri aku dengan cara aku....
tp air mata aku tetap mengalir laju, dan semakin laju....

Keluargaku.....
Hanya kalian yg sentiasa bersama-samaku dikala susah dan senang, aku syang sgt2 keluargaku... ibu, ayah, ayong, angah, kak lin, abang.... jangan tinggalkan adik tau.......
air mata yang mengalir, harus dikesat, kuatkan semangat.....

Wednesday, September 1, 2010

10 THINGS I HATE ABOUT YOU~

I hate the way you talk to me,

and the way you cut your hair.

I hate the way you drive my car,

I hate it when you stare.

I hate your big dumb combat boots

and the way you read my mind.

I hate you so much it makes me sick,

it even makes me rhyme.

I hate the way you're always right,

I hate it when you lie.

I hate it when you make me laugh,

even worse when you make me cry.

I hate it when you're not around,

and the fact that you didn't call.

But mostly I hate the way I don't hate you,

not even close,

not even a little bit,

not even at all.

Sahabatku....

Sahabatku,

Kata orang bercinta, biar jauh di mata tetapi tetap di hati. Andai rindu menggigit sukma, pandanglah pada sang rembulan di malam hari kerana bulan itu hanya satu dan di mana juga kita berada, kita tetap memandang bulan yang satu.

Kata orang berkasih, biar jauh di mata tetapi hadir dalam doa. Andai dilanda rindu dendam, segera memandang langit yang luas agar terasa keluasan rahmat Tuhan, mudah-mudah Allah yang Maha Pemurah itu segera mengaturkan pertemuan.

Kata orang saling menyayang, biar jauh di mata tetapi tetap diingati walau ke alam mimpi. Andai terasa sayangnya meluap-luap, pandanglah ke tanah agar segera mengingati mati, mudah-mudahan ingatan pada kematian akan melenyapkan keripuhan hati yang melanda.

Tetapi, pesan aku padamu wahai sahabat yang teramat, amat, amat aku sayangi... Andai di hatiku atau hatimu terdetik rasa yang tak mampu diluahkan dengan kata-kata... Aku tidak mampu berkata apa-apa kerana dirimu terlalu istimewa. Aku tak mampu meluah rasa sekeping hatiku pada dirimu wahai sahabat.

Aku hanya mampu memujuk hati.

Jauhmu dariku adalah kerana Allah.
Sepimu dariku adalah kerana kesibukan seharianmu sebagai penuntut ilmu.
Senyapmu adalah kerana jadualmu padat sebagai pejuang agama Allah.
Diammu adalah kerana dirimu dikelilingi sahabat-sahabat yang soleh solehah.

Dan aku hanya terdaya meminta dan terus meminta dari Allah agar sentiasa memelihara sahabat yang aku cintai ini dengan sebaik-baik penjagaan. Kerana, hatiku selalu yakin bahawa tiada penjaga yang lebih hebat jagaannya selain dari Allah yang Esa. Hatiku terpujuk, jiwaku menunduk, perasaanku terduduk...

Sekeping hati ini aku berikan pada Allah, lantunan doa buat sahabat yang sentiasa hadir setiap sujud terakhir dalam solatku.

Sahabatku,

Di saat mereka memandang rembulan, melempar pandangan pada keluasan langit, menjatuhkan hati memandang debu tanah yang berhembus perlahan... Aku tidak mampu menutup rasa hatiku, kerana kita sebenarnya punya KIBLAT YANG SATU. Hanya itu yang mampu mendamaikan ripuh gelora kalbuku saat merindui dirimu wahai sahabatku.


Sahabatku,

Walau di mana dirimu berada, apakah di utara selatan timur mahupun barat... Aku selalu mendoakan kesejahteraan buatmu hatta diriku tidak lagi beriringan di sisimu. Kita tetap bersama, dalam doa dan sujud saat memandang kiblat yang satu.