MaRi BeRsAmA-SaMA MeNyELaMi JiWa iNI

Thursday, April 15, 2010

Senandung Semalam~

Berirama senandung semalam
Ku terkenang peristiwa silam
Di mana aku dan si dia
Cinta benar cinta

Kau mencurah apa yang di rasa
Ku dibuai oleh angin senja
Budimu yang seikhlas itu
Akulah kekasihmu

( korus )
Kini tinggal kenangan belaka
Di taburan bunga pusaramu
Ku berdoa agar dikau
Aman bertemunya

Oh! kenangan tinggallah kenangan
Engkau pergi telah ditakdirkan
Diriku termenung menjauh
Bersama senandung semalam

( ulang korus hingga akhir )

Lagu ini, senandung semalam, by alleycats dan dinyanyikan semula oleh jamal abdillah, sangat memberi maksud yang mendalam, kisah cinta yang tidak kesampaian, kisah cinta yang dipisahkan oleh ajal.... suddenly, i really miss him, tak tau kenapa, aku jadi sangat rindu pada dia, Arwah Sani.......... insan yang pernah hadir dalam hidup aku, mungkin insan pertama yang mengajar erti cinta dalam hidup aku, walaupun pada waktu itu, cinta itu hanya digelar cinta monyet oleh kebanyakan orang..... bermula dengan pertemuan dan perkenalan yang tidak disangka, kenduri kahwin itu menemukan kami, sangat seronok, dengan niat hanya mahu bermain mata, mencuba nasib, rupa-rupanya dia juga melakukan perkara yang sama.... adiknya, ehsan, dihantar sebagai pengutus surat, dan akhirnya bertukar kepada no. telefon, tapi kerana ketika itu, hp masih belum mampu dimiliki, hanya telefon rumah yang ada.... memang kelakar apabila teringat kembali kisah itu, bagaimana perasaan berdebar2 setiap kali telefon berbunyi, bukan kerana dia, tapi kerana ibu, hahahahahaha.... tapi sepanjang perkenalan, tak pernah ibu yg mengangkat telefon ketika dia menelefon... setelah hampir stahun begitu, aku menamatkan persekolahanku.. hp sudah dimiliki, tiada lagi masalah disitu... aku melangkah ke matrikulasi, aku rasakan dia semakin jauh denganku, akhirnya, dia hilang begitu sahaja.. jangkaanku mungkin dia sudah ada yang lain, dia ku lupakan... tetapi kerana kenduri kahwin juga, kami bertemu semula, dia mengatakan segan berkawan denganku, aku budak bandar, belajar tinggi, sedangkan dia budak felda, belajar setakat SPM, kerja pun tiada, hanya kerja-kerja kampung yang mampu, aku terkejut.. kerana itu dia meniggalkanku, tanpa sepatah kata, dia terus pergi, meninggalkanku... aku hanya mampu berdiam diri dan melihatnya dari jauh, dan akhirnya, ehsan sekali lagi dhantar untuk mengutus surat memohon maaf.. aku terima dengan hati yang terbuka... sudah setahun aku di matrikulasi, kami masih berhubung, walaupun hanya sekadar kawan, dia selalu bertanyakan khabarku, pelajaranku, tetapi, bulan kedua, tahun kedua aku dimatrikulasi, dia sekali lagi menghilangkan diri.. oleh kerana dia jiran sepupuku, aku bertanya kepada sepupuku tentang dia, jawapan yang ku terima agak mengecewakan, dia telah membawa diri ke melaka, kerja katanya, mahu mengubah hidup... tetapi sebenarnya itu semua adalah alasan dia supaya aku tidak lagi mencarinya... dia sebenarnya sedang bertarung nyawa, penyakit yang tak dpt dikenalpasti oleh ilmu sains, menurut kata, dia terkena buatan orang, busung... terkejut aku mendengarnya, ingin aku melawatnya, aku dihalang, dia tak mahu berjumpaku, malu katanya, sedih, mmg sedih, tapi itu permintaannya..aku hanya mampu memandangnya dari jauh, kerana rumah sepupuku bertentangan dengan rumahnya, aku dpt lihat kesengsaraan diwajahnya, ketika dia melihatku dr anjung rumahnya, aku rasa seperti mahu pergi dan memeluknya, mungkin itu mampu mengurangkan kesakitan, tapi, dia tidak ingin berjumpaku..... akhirnya, peperiksaan akhir tahun dua di matrikulasi, aku mendapat khabar dari sana, dia telah pergi menghadap Illahi, hanya air mata yang aku mampu keluarkan, tiada kata-kata.... semoga rohnya dicucuri rahmat, cinta darinya, adalah untukku, dan dia adalah selamanya dihatiku....love u Mohd Sani........

1 comment:

frrh said...

cdAa..seyEs ak rasE cdEy bacE..
ko pNah citE kt aK..
xm0o diinGAt n pK sgt k..
=)