MaRi BeRsAmA-SaMA MeNyELaMi JiWa iNI

Saturday, February 9, 2013

Wanita vs Lelaki


Seperti teori jumlah warna yang ada, jawapan diantara lelaki dan perempuan, itu sudah menunjukkan betapa berbezanya pemikiran, tingkahlaku dan pendapat perempuan berbanding lelaki.... 

Kadang-kadang ungkapan TIDAK @ TAKPE LA adalah tidak selari dengan apa yang tersimpan di dalam hati seorang wanita… Sebalik perkataan itu dia mengharapkan pasangannya faham keinginan dan kehendak mereka yang sebenarnya… Tetapi lelaki kurang faham kata2 kiasan seperti itu kerana mereka lebih bersifat straight forward dan akan menggangap itu adalah perkara biasa... Bile tiada pujukan daripada lelaki maka wanita akan dilanda kecewa....

Perempuan sangat sukakan kejutan daripada pasangannyer, walaupun dia menyatakan yang dia tidak sukakan apa2 bentuk kejutan tetapi disebaliknya dia selalu mengimpikan pasangannyer membuat kejutan yang luar biasa dan mereka akan terharu dan menangis… Wanita menangis bukanlah kerana tidak suka tetapi mereka menangis sebab terlalu gembira… Dan memori seperti itu akan sentiasa kekal abadi bersamanya....

Wanita sangat suka bile dipuji oleh pasangannya kerana pujian itu mampu menggetarkan hati seorang wanita… Jika selalu sangat dipuji, tetapi pabila tiba masa lelaki lupa atau terlepas pandang untuk memuji pasangannya, wanita akan rase kehilangan satu-satunya perkataan yang sentiasa dinanti-nantikan dan mereka akan merasa kecewa....

Wanita memang senang memaafkan pasangannyer, tetapi amat sukar melupakan kesalahan yang pernah dilakukan oleh pasangannyer… Sebab itu la, apabila pasangannyer mengulangi kesalahan yang sama mereka akan terasa tersangat kecewa.... Tetapi tetap akan memaafkannya.... Hati wanita kan lembuttt sangat....

Wanita lebih menepati janji berbanding lelaki kerana baginya janji adalah sesuatu yang penting, meraka sanggup membatalkan segala urusan demi kerana janji dengan pasangannyer… Manakala lelaki sanggup membatalkan janji dengan pasangan jika terdapat perkara yang tertentu… Walaupun sekadar ingin menonton perlawanan bola  sepak dengan kengkawan....

Hari-hari wanita ingin menjadi yang terbaik untuk pasanganyer… Setiap kali mereka ingin kelihatan paling cantik untuk pasangannya… Supaya mata lelaki kesayangannya itu hanya tertumpu padanya sahaja berbanding lelaki yang tidak kisah pakaian ape yang dipakai semasa keluar dengan pasangannya, walaupun hanya pakai selipar jepun,Track Bottom dan T-shirt sahaja....

Bagi wanita, pasangannyer adalah orang paling penting selepas keluarga… Dan kalau boleh segala suka duka,masalah dan pertolongan mereka ingin beritahu pasangannya sebelum beritahu orang lain… Jika diwaktu kecemasan mereka hanya teringat untuk minta bantuan daripada pasangannya dahulu.... Walaupun pasangannya jauhhhhhh nun disana, sekurang-kurangnya boleh tolong dalam bentuk nasihat or what else yang dikire logik… Tetapi lelaki, bile dah settle semua baru la dia teringatkan kita ni, itu pun kalau teringat la kan....

Bagi wanita BF @ suami adalah segala-galanya baginya, die sanggup tolak pertemuan dengan kengkawan lama demi janji dengan pasangannya… Ade tu putus kawan demi pasangannya… Tetapi lelaki, kawan adalah segala-galanya… Walaupun mereka hanya baru berkawan 2,3 bulan berbanding dah bercinta@berkahwin yang dah bertahun-tahun....

~! Selami dan fahami sendiri wahai kaum lelaki... ~!

No comments: