MaRi BeRsAmA-SaMA MeNyELaMi JiWa iNI

Tuesday, December 21, 2010

~ Kenangan Itu Manis ~

Assalamualaikum...
22 Disember 2010.....Selasa
Kembali menjejakkan kaki ke kampus tercinta....
Bersedia untuk mennyelesaikan baki-baki sem terakhir disini....
Banyak yg aku harus lakukan sebenarnya....

Sebelum itu, sekadar ingin berkongsi...
Pengalaman aku melibatkan diri dalam festival kebudayaan buat kali kedua...
Kali ini berjuang di Perlis...
Pertama kali menjejakkan kaki kesana...
Sangat indah perasaan itu...
Buminya yang indah dan mendamaikan...
dikelilingi oleh petak-petak sawah padi dimana sahaja...
kedamaian itu sangat bermakna pada manusia yang dilahirkan di tengah bandar sepertiku...

16 Disember - 18 Disember 2010...
UiTM Arau, USM, UNIMAP, UUM....
Venue pertandingan-pertandingan yang akan berlangsung....
Kontinjen UKM menjanjikan sesuatu yang membanggakan...
Setelah berusaha sepenuh hati, dah tawakal yang diletakkan kepadaNya...
Kami redha dengan apa jua ketentuanNya nanti....

Tetapi kemanisan perjuangan itu sememangnya tidak dirasai sepenuhnya....
Jika tiada dugaan-dugaan yang menguji ketabahan kita...
Mewakili un Universiti yang menjadi tumpuan orang ramai....
Dan menjadi cabaran utama pihak-pihak lain...
Bukan sesuatu yang mudah....
Terutamanya pada kumpulan Tunas Warisan....
Yang berjuang sendirian di USM...
Kami di Perlis tahu betapa peritnya cabaran yang kalian perlu tempuh....
Dan, kami berbangga dengan kejayaan kalian...
Kemenangan bukan segalanya, tetapi kejayaan itu lebih bermakna...
Dan pada kami, kalian sudah BERJAYA!!!!
biarkan kita kalah dimata mereka, tetapi kita tetap berjaya dihati ini...

Kepada kumpulan-kumpulan yang telah berjaya....
Aadyamatra, Nyanyian Antarabangsa dan Nyanyian Irama Asli.....
TAHNIAH!!!!
teruskan usaha kalian untuk memartabatkan budaya kita...
dan mengharumkan lagi nama Artisukma, UKM....
Alhamdulillah....
Berada di kedudukan ketiga, cukup membuktikan kita masih antara yang terbaik...
Walaupun kita tidak berjaya mempertahankan kejuaraan itu...
Semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan...
Sudah cukup menunjukkan kita adalah Juara diantara kita....

Semoga kita mampu mendaki ke tangga tertinggi semula tahun hadapan...
Semoga FESTKUM 2011 menjadi bukti kecekalan kita...
Teruskan bersabar dengan segala kritikan yang diterima....
Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepadaku untuk mengetuai kalian...
Festkum 2010, tetap dihati....
~ Lot of Love, Artisukma ~

No comments: