MaRi BeRsAmA-SaMA MeNyELaMi JiWa iNI

Wednesday, June 9, 2010

Sennyyuuuummmmmm~

Kisah 1 :


Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti.
Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa".
Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.
Setelah professor menghabiskan kuliahnya professar berkata,
"Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya."
"Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu.


Kisah 2 :

Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UITM.
Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?

Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak..

Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?

Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..

Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik

Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...

Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?

Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertamaada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang...

Mahasiswa :Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcikni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?

Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....


Kisah 3 :

Seorang mat rempit telah mendapat hadiah yang begitu sinonim dengannya,Ya..hadiah kemalangan dan kemalangan yang mengerikan..sebatang besi telah tercucuk dikepalanya..menurut kata doktor..usaha untuk menyelamatkannya terlalu tipis kiranya besi tersebut terkena pada bahagian otak..tapi,si bapak mat rempit pula berkata.."Aku yakin besi tersebut tidak akan mengenai bahagian otak..lalu bertanyalah doktor kepada si bapak"Bagaimana anda begitu yakin yang besi tersebut tidak akan mengenai bahagian otak ?,sedangkan saya sebagai doktor berpengalaman pun tidak mengetahuinya ?..jawap si bapak"Aku tahu lah..sebab..dia tak berotak..kalau berotak dia tak merempit..!!(dengan berang)..


Kisah 4 :

Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan

perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun

tanya soalan "Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?". Takde

sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat

sikit. Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit

"MAK!!" Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik. Ustazah tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan

segalanya?" Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA

ALLAH!!" Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik. Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. "Apa

yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?"

Budak tu cocok lagi. Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cocok

bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!" Ustazah tu terus pengsan.


Kisah 5 :


Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. "Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu: "SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."


Kisah 6 :

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan
Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman
sepermainannya sejak kecil lagi. Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami
mahu berkahwin.

Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy: Tapi mengapa?
Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!

Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.

Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy: Ha!!??!!


Hahahhahahaha.....cukup dulu k gelak2 tuh.... lenkali kita gelak2 agi.....lalalalalalalala~

4 comments:

idea semulajadi said...

i like~~ hahahahah!!!

She_La said...

haha lawak2..

Fathi Adha said...

boleh tahan jugak..

Fathi Adha said...

sambungan kisah 2

mahasiswa: anak pak cik yg sorg lg tu?
pak cik : yg mane?
Mahasiswa: yg tulis blog ni... hehe
pak cik: ???