MaRi BeRsAmA-SaMA MeNyELaMi JiWa iNI

Sunday, March 13, 2011

~ MaRi MEnGeNaNg KiSaH CiNtA ~

Assalamualaikum.....
waktu-waktu tengah berserabut dan kepenatan memikirkan tentang masa depan thesis ni
mula ar kepala duk pikir macam-macam benda.....
dan tetibe terasa nak meluahkan rasa hati...
semalam, lepas penat menaip bahan-bahan tuk menebalkan thesis tuh....
terasa nak stalker suma fb kekawan skola dulu...
Ya Allah, ramai rupanya kawan sealiran aku yang dah bertukar status....
kebanyakan mereka dah berkahwin, dah berkeluarga...
siap yang dah beranak pinak lagi... apakah????????
terasa diri aku sememangnya dah tua, uhuk3....
kenapa semua kekawan aku dah bekerjaya, dah berharta sendiri, dah berkeluarga.....
kenapa aku rasa aku mcm tak hbs2 pun belajar dari dulu, masa depan pun tak nampak pape lagi ni.... mula ar perasaan rasa tak seronok....
dulu, aku antara yang tergolong didalam kumpulan yang hebat, bijak pandai, sebut apa saja, mesti ada saje nama kami tercatat didalamnya.... tapi skrg, aku rasa mcm aku plak yang dah ketinggalan.... nanges jap....
tapi aku berpegang pada kata-kata, Allah menjadikan kita buah yang paling elok, yang paling manis, yang paling cantik, tetapi Allah letakkan kita dihujung, dipuncak pokok....
buah-buah dibawah sudah habis semuanya dipetik, dimakan, tetapi janganlah kita yang berada di puncak berasa terpinggir, ditinggalkan, kerana hanya yang betul2 bersemangat yang akan berani datang dan memetik kita... jadi, bersabarlah.......
suddenly terasa nak sentuh sikit tentang kesayanganku yang bertakhta dihati sekarang...
biarlah sekadar mengenalinya sebagai amin.... insan yang berjaya merubah hatiku....
kekadang perasaan pelik timbul dihati, bagaimana dia berjaya membuatkan hati aku yang selalunya cepat memberontak, jiwa ini yang sering bertapak rasa bosan, apabila insan yang disayangi tiada didepan mata sentiasa, layanan manja sekadar dihujung telefon.... BERUBAH...
aku dengan dia, sudah hampir setahun bersama, hanya sekali kami bertemu, dengan erti kata lain, hanya baru sekali kami ber'dating'...... tapi aku tetap bersabar, malah aku rasakan itu bukan masalah lagi... aku yakin dengan kata-katanya... sikapnya yang sentiasa memberi kata-kata semangat, menyuruhku banyakkan bersabar, membuatkan aku rasa bahagia.. walaupun seorang disini, dan seorang lagi nun jauh disana.....
untuk apa bercinta bagai nak rak, mengheret pasangan ke sana sini, bangga menunjukkan pada semuanya yang dia adalah kekasihku, sedangkan semuanya adalah haram disisi Allah....
biarlah, kesabaran berjauhan itu akhirnya terbayar dengan sebuah ikatan yang mulia disisiNya,
dan ketika itu, tiada apa yang akan menghalang kita untuk sentiasa bersama malahan berpelukan dan bermanja dikhalayak ramai bukan sesuatu yang keji disisi Allah... itu yang lebih penting pada dia..... dan sekarang pada aku juga.... alhamdulillah..... terima kasih Allah....
pada kamu yang berada disana.....
teruskan memberi semangat dan dorongan kepada kekasihmu disini....
kerana jiwa ini kadang-kala rapuh juga ditelan masa....
kerana hati ini seringkali juga goyah ditiup hawa nafsu dan dugaan dikelilingnya...



No comments: