MaRi BeRsAmA-SaMA MeNyELaMi JiWa iNI

Thursday, September 2, 2010

HAti TerDetiK, TanGan MeNaip, Mata MeLiriK....

Assalamualaikum....
lama dah rasanya aku tak bercerita dekat blog nih....
kalu post, sumanya lirik lagu or puisi2 yang aku rasa menarik hati untuk dikongsi bersama...
then, malam nih, tetibe rasa mau tulis something....
sekadar mahu mluahkan segalanya didalam hati.....
kalau dipikirkan semula, banyak sgt benda yang berlaku kebelakangan ni...
dan semuanya adalah perkara2 yang menguji ketabahan aku, semuanya melibatkan perasaan dan permainan air mata, ffuuyyoooo.....makin cengeng aku rasa aku nih skrg.....
biar aku mulakan satu persatu....

Pengajianku....
Kelihatan semakin lama semakin menuntut keteguhan hati dan semangat yg kental....
tugasan yg semakin bertimpa2, dan yg semakin bnyk aku tangguhkan....
kekadang menguji ketabahan aku untuk meneruskan kehidupan ni....
*salah aku gak kan, sape suh tangguh2*
thesis, satu perkataan yg pada aku sgt menjengkelkan skrg nih.......
semuanya kelihatan tak kene....sampai ada masanya, buatkan aku rasa mau abaikan...
tapi, mengenangkan ibuku, majlis graduasi yg telah sama2 kami janji akan tempuhinya tahun depan, aku kene teruskan.....air mata mengalir laju......

Persatuanku....
Kelihatan baik diluarannya....
tetapi dalamannya, hanya kami yang tahu.....
disini juga ketabahan dan kekuatan aku sebagai seorang ketua dan senior sgt2 teruji...
segalanya kelihatan menuntut kebijaksanaan aku untuk mengendalikan masalah2 yang timbul tanpa merosakkan mana2 pihak.....
bermula dengan pertelingkahan sesama juniorku didalam kelab sendiri, kemudian membawa kepada pergaduhan2 kelab2 dibawah naungan aku.....
aku perlu bijak mengawal keadaan tanpa membuatkan mereka berasa bosan dengan segalanya..
aku kene kuat, supaya mereka semakin bersemangat....
walaupun kadang2 aku terpaksa berlari kedalam tandas dan menangis, kemudian keluar semula dengan satu senyuman, aku sanggup..... tanggungjawab yg diberikan kepada aku, aku akan cuba untuk memikulnya.....cuma satu, sokongan kalian amat2 aku perlukan, jangan tinggalkan aku seorang diri menguruskan segalanya...... air mata mengalir lagi......

sahabatku.....
ini yang paling meruntun ketabahan hati aku....... knp semuanya kelihatan sgt sukar pada aku....
aku sayang semua sahabatku, itu yang pasti....
tp, bukan sikap aku menunjukkan sayang aku secara terus...bukan sikap aku untuk bersama2 menangis ketika kalian menangis, bersedih ketik kalian bersedih....
aku memang kelihatan tersenyum, dan gelak ketika kalian menceritakan cerita sedih kalian, bukan bermaksud aku tidak mengambil berat tentang perasaan kalian, tapi aku mahu kalian marah aku biler aku gelak ketika kalian bercerita sediah, dan kemudian kalian akan turut sama tergelak.... itu yang aku mahukan, aku tak mahu air mata aku mengalir bersama2 ketika kalian sedang menangis, nanti sape nak pujuk sape kan...... huhuhuhuhuhuhu~
tp mmg sikap aku yg agak kasar ini membuatkan kalian menjauhkan diri satu persatu dr sisiku, kemudian semuanya kelihatan semakin menjauh dan akhirnya menghilang...
takpe, asalkan kalian gembira, aku puas......
untuk kamu sahabatku yg paling aku syg, kata2 yang diucapkan ketika hari jadiku...

"selamat ari lahir ke 22. moga ko panjang umur dimurahkan rezeki, moga ko bertambah matang dlm menjalani kehidupan ko, apa pun jd, aku tetap jd kawan ko... insyaallah"

aku tak pernah lupakan....aku takkan lupakan...aku mau kau jadi kawanku semula, gelak ketawa, senyuman aku skrg, semuanya tipu sejak ko pergi dr hidup aku....... aku yg salah, aku yg kurg matang, tp aku tau ko sgt paham perangai aku kan, jd jangan tinggalkan aku.......

"aku nak ko blaja happykan diri ko dengan cara ko sndr"

ayat tuh berjaya buat aku menangis teresak2 malam tuh, dan itu adalah mesej terakhir dr kau..
aku hanya menyusahkan hidup ko kan sebenarnya, aku mintak maaf yer.. aku akan ikut apa yg ko mahukan..... aku sedang blaja happykan diri aku dengan cara aku....
tp air mata aku tetap mengalir laju, dan semakin laju....

Keluargaku.....
Hanya kalian yg sentiasa bersama-samaku dikala susah dan senang, aku syang sgt2 keluargaku... ibu, ayah, ayong, angah, kak lin, abang.... jangan tinggalkan adik tau.......
air mata yang mengalir, harus dikesat, kuatkan semangat.....

Wednesday, September 1, 2010

10 THINGS I HATE ABOUT YOU~

I hate the way you talk to me,

and the way you cut your hair.

I hate the way you drive my car,

I hate it when you stare.

I hate your big dumb combat boots

and the way you read my mind.

I hate you so much it makes me sick,

it even makes me rhyme.

I hate the way you're always right,

I hate it when you lie.

I hate it when you make me laugh,

even worse when you make me cry.

I hate it when you're not around,

and the fact that you didn't call.

But mostly I hate the way I don't hate you,

not even close,

not even a little bit,

not even at all.

Sahabatku....

Sahabatku,

Kata orang bercinta, biar jauh di mata tetapi tetap di hati. Andai rindu menggigit sukma, pandanglah pada sang rembulan di malam hari kerana bulan itu hanya satu dan di mana juga kita berada, kita tetap memandang bulan yang satu.

Kata orang berkasih, biar jauh di mata tetapi hadir dalam doa. Andai dilanda rindu dendam, segera memandang langit yang luas agar terasa keluasan rahmat Tuhan, mudah-mudah Allah yang Maha Pemurah itu segera mengaturkan pertemuan.

Kata orang saling menyayang, biar jauh di mata tetapi tetap diingati walau ke alam mimpi. Andai terasa sayangnya meluap-luap, pandanglah ke tanah agar segera mengingati mati, mudah-mudahan ingatan pada kematian akan melenyapkan keripuhan hati yang melanda.

Tetapi, pesan aku padamu wahai sahabat yang teramat, amat, amat aku sayangi... Andai di hatiku atau hatimu terdetik rasa yang tak mampu diluahkan dengan kata-kata... Aku tidak mampu berkata apa-apa kerana dirimu terlalu istimewa. Aku tak mampu meluah rasa sekeping hatiku pada dirimu wahai sahabat.

Aku hanya mampu memujuk hati.

Jauhmu dariku adalah kerana Allah.
Sepimu dariku adalah kerana kesibukan seharianmu sebagai penuntut ilmu.
Senyapmu adalah kerana jadualmu padat sebagai pejuang agama Allah.
Diammu adalah kerana dirimu dikelilingi sahabat-sahabat yang soleh solehah.

Dan aku hanya terdaya meminta dan terus meminta dari Allah agar sentiasa memelihara sahabat yang aku cintai ini dengan sebaik-baik penjagaan. Kerana, hatiku selalu yakin bahawa tiada penjaga yang lebih hebat jagaannya selain dari Allah yang Esa. Hatiku terpujuk, jiwaku menunduk, perasaanku terduduk...

Sekeping hati ini aku berikan pada Allah, lantunan doa buat sahabat yang sentiasa hadir setiap sujud terakhir dalam solatku.

Sahabatku,

Di saat mereka memandang rembulan, melempar pandangan pada keluasan langit, menjatuhkan hati memandang debu tanah yang berhembus perlahan... Aku tidak mampu menutup rasa hatiku, kerana kita sebenarnya punya KIBLAT YANG SATU. Hanya itu yang mampu mendamaikan ripuh gelora kalbuku saat merindui dirimu wahai sahabatku.


Sahabatku,

Walau di mana dirimu berada, apakah di utara selatan timur mahupun barat... Aku selalu mendoakan kesejahteraan buatmu hatta diriku tidak lagi beriringan di sisimu. Kita tetap bersama, dalam doa dan sujud saat memandang kiblat yang satu.

Friday, August 27, 2010

~ Mari Menonton TV ~

Sayang Kawan Perempuan, Tinggal-tinggalkan

"Sayang, sayang... kenapa kita tak pernah keluar berdua?
Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan? Kenapa kita tak macam tu?
Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan. Bukan setakat PAUN, nak pergi ‘potostet' pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee.....
Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey,teman honey jalan-jalan, shopping... tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik.... Hmm...."


***IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKAR CHANNEL***

"Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahlah diorang couple ataupun tidak. Boleh tak? Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je..."

"Hmm... Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak".


**** PENONTON TERCENGANG! ****


"Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah...
Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke exclusive?"

"Exclusive hape plak tu ustaz?"

"Ok satu-satu ye? Mula-mula,jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, EH, MESTILA BOLEH! BUKAN BUAT APA-APA PUN KAN??!!!?"

"Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni...."

"Hehe... mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak? Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun... kan?"

"Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh...."

"Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya".

(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Di dalam riwayat yang lain,

Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya".

(Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan....

"Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi. Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi ‘berjaga-jaga' dengan mengelakkan dari ‘berdua'. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah".

"Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama' pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama'. Mampu beliau tahan 'fitrah'nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal".

"Kalau jawab ikut ‘exclusive', Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan ‘pergi ke arahnya'. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua,adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah".

Cakap-cakap orang...
Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua?
Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua?
Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa?
Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?

"Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, ‘mungkin hal persatuan agaknya'...
Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?
Inilah yang Allah nak elakkan, ‘peluang-peluang' untuk orang mengata.' Peluang-peluang' untuk orang berdusta. ‘Peluang-peluang' inilahFITNAH".

"Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki.
But women? Kita bercakap soal ‘exclusive'. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!"

"Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk ‘touch n go' ".

Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???
"Perempuan tu ke? Ooh... aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping."
"Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu..."
"Perempuan tu ke? Haha... Aku dah pernah rasa dah..."
"Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu."
"Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu..."

" EVEN DIA TIPU DAN REKA CERITA SEKALIPUN KAWAN-KAWANNYA BUKANNYA TAHU! "

"Di mana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat??
Di mana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?
Lelaki... Di depan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat.
Perempuan... Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat.
Perempuan... Biar dikerat empat, ‘kawan baik' itulah tempat dia curhat.
Perempuan... Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.

Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk ‘berpisah'.
Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami?
‘Sayang'? Dah bagi kat boyfriend.
‘Keluar berdua'? Dah bagi kat kawan study group.
‘Suara bangun tidur'? Dah bagi kat abang angkat.
‘Body'? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar.
‘Muka makeup'? Tiap-tiap kali dinner kot??? "


**** TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL ****

"Sayang sayang..... sayang sayang sayang?"
" Of course sayang.....sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!"

(Erk....???? Apakah? Gastric juice is over secreted, help!!! )


**** TUKAR CHANNEL BALIK ****

"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".

Allah menyebut didalam al-Quran,

35 : 24. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.

6 : 104. Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).

"Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?"

"Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah ‘fitnah' kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar...."

**** BLACKOUT, TUTUP TV ****

Sunday, July 11, 2010

New Sem... Aloha~

Akhirnya, aku telah melangkah ke semester pertama tahun akhirku di UKM...
yeay!!! alhamdulillah.......
wat masa sekarang, masih belum ada pape mau diupdate sebab masih lom ada mood mau bercerita walaupun banyak sebenarnya peristiwa dan kejadian2 yang berlaku semasa cuti semester yang lepas..... kpala masih ting tong, badan masih letih, penangan mmp arituh....
lagipun, aku mmg malas nak bercerita, menulis..hehehehehhe, bukan minat aku...
nak tau, jumpa kita story mory ar k.... tata...
wish all my friends all d best tuk tahun terakhir di ukm...
harap kita dapat bersama-sama meraikan konvokesyen kita tahun hadapan.... insyaallah...
chaiyok2~
lots of love.... *cdasarehc*