MaRi BeRsAmA-SaMA MeNyELaMi JiWa iNI

Tuesday, April 13, 2010

Removing...Deleting.....

Assalamualaikum....
waktu : 6.50 ptg
tempat : K6Q110, KAB
mood : undefined......

baru balik dari exam paper law, berjayakah aku jawab, ntah ar, malas mau pikir, malas mau ingat, dah lepas biarkan lepas....

apa yang aku tau skrg, khamis, ekonomi, paper yg aku rasa the worst ar tuh sem nih, sebab kelas dia pun aku pegi mcm tak pg.... masuk, duduk, dengar, balik....masuk 0 kuar 0..... sama mcm kalu aku tak pegi, tp kehadiran, pegi jelah, dpt gak masuk dua tiga mende kadang2, alhamdulilllah...

ada bnyak benda yg aku try untuk removekan dr dalam hidup aku kebelakangan ini...sangat banyak, dan kebanyakkannya adalah perkara2 yg aku minat, orang2 yg aku sayang, harapan2 yg tinggi menjulang dalam hati, tapi bila kenyataan mengatakan ia harus dibuang, maka ia HARUS!!!

perkara terkhir yang aku buang adalah, from my fb wall, kalu ada yg perasan, bagus ar... bukan sengaja mau remove dr situ, tapi aku ras itu yg sepatutnya...

memg dari dulu, aku bukan jenis berkawan sgt2 rapat secara beramai2, dlam erti kata lain, aku ada group sendiri, kemana-mana, itu adalah group aku....

even perkara itu dah banyak kali aku cuba buat, ramai jerk yg sudi berkawan, tapi akhirnya aku mesti akan jd penyebab masalah ataupun aku sndr akan menarik diri...bukan sebab aku sombong, tapi sebab merasa diri tak layak berada disitu...

memang seronok bila hidup sentiasa dikerumuni kawan2, hidup ada yang mengambil berat, hidup sentiasa bersama-sama...tapi apabila kepuasan dihati setiap satunya mula diuji, kegembiraan yang tercipta dikalangan kita adalah satu ciptaan semata-mata, gurauan adalah satu gurauan semata-mata..itu bukan aku...

maaf kepada kawan-kawan yang sanggup terima aku sebagai kawan, hidup bersama kalian memang indah, bukan persahabatan kita putus disini, hanya biarlah status kawan itu kekal sebagai kawan, memang dr dulu lagi, tiada istilah sahabat dalam diri aku, bukan sebab aku terlalu memilih, tp kerana aku sedar siapa diriku...

aku seorang yg sgt suka berterus-terang dan memang aku dilahirkan dikalangan mereka yang cakap lepas, sebab itu keadaan itu sering terjadi kepadaku, maaf kepada semua yang pernah terasa keranaku, itu antara sebab kepanap kita semua tak boleh bersahabat, biarkan hubungan kawan itu hanya sekadar kawan.....

kenangan memang sentiasa indah, walaupun kenangan itu pahit, bile ia menjadi kenangan, ia tetap akan menjadi indah...

teruskan berkawan, semoga tiada lagi hati-hati yang akan dilukai, apabila kita berkawan......

Sunday, April 11, 2010

exam......giler......

Di suatu pg yg indah....(best kalu sambung tido)

huh, dah kul 10..giler tul, tak hbs study lagi.....bangun2...

nak mandi tak???? nanti ar, nak p exam aku mandi..lalalalallala...

kura-kura.....slamat pagi!!!!! awal korg bangun, nape tak kejut aku tadi...takleh arap ar korg ni, keje duk men panjat2, jatuh terbalik, tuh jelah korg tau...haish.. jom, korg kene mamdi.....

dah siap mandi, korg duk sini diam2, aku nak study....*sambil on laptop*

ukm jaring....sign in....facebook....eehhh???? hahahahhaha, kura-kura, jangan bgtau ibu tau, kata mau study, fb gak aku bukak dulu....

ko pandang pe???? mesti korg nak report kat ibu kan, ko jangan, aku biarkan korg kekeringan kang...nak2???? hah, sambung panjat2, tau pun takut ngan aku..

bosan ar, mana suma org nih....hadoi.....buka note ar.... nape ar masa baca rasa cam dah tau suma mende.... kang ngadap paper mula ar pandang kiri kanan kan....

definisi pengurusan tanah mampan, FAO 1989, OKIGBO 1991, FAO 1991, Spencer dan Swift 1991.....rumusan definisi.....ok, on fb smula...lalalalalalala~

dah kul 12......rumet pun dah balik exam, *jeles* bestnyer, dia dah leh mula hafal law plak, aku tak ingat pap law...aarrgggghhhhhh...........tgok fb smula, lalalalalalalala~

lambat plak masa nih berlalu, malas dah nak baca note, nak p jawab exam jerk terus.....muka yakin, dalam hati ada tanah....hah??????

ok, tuh jerk nak citer, mana ada pape pun, hahahahahahha, yang korg p baca tuh wat mende...mana ada citer pape pun....hahahahhahahahha...gelak sorg2.......

masak nasik agi bagus........

slamat menduduki peperiksaan kpd suma..........kepada chikaro@kura2, jangan report pape sama ibu, nanti aku belikan kangkung tuk korg...ok!!!!!

publish post...........salam~

maaf..saya sudah bertunang

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! " Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

............ ......... ......... .........

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "

"Moga Allah memberkatinya. ..."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

Friday, April 9, 2010

Yang Terindah

Tajuk Lagu : Yang Terindah
Oleh : Dakmie
Ost : I’m not Single (Filem Melayu)

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Wednesday, April 7, 2010

Lagu pilihan......

Iklim

Bukan Aku Tak Cinta

Saat kita berpisah
Kau pegang erat tanganku
Sepertinya tak merelakan
Kepergianku untuk meninggalkanmu

Dermaga saksi bisu
Waktu ku kucup keningmu
Perlahan kau lepaskan pegangan tanganku
Aku lihat kau menangis...

Lambaian tanganmu
Masih ku ingat selalu
Itu yang terakhir
Ku melihat dirimu

Sudah sering kau kirim surat
Namun tak pernah aku jawab
Lalu kau kirimkan undangan
Agar kau tak berharap

Bukannya aku tak tega
Bukan pula aku tak cinta
Kerana orang tua
Yang tak merestui cinta kita

Lirik Lagu ” Ku Ingin Selalu Di Samping Mu “
Artis ” Uji Rashid “

Setelah Kau Pergi Ku Selalu Berduka
Tak Pernah Tenteram Di Jiwa
Setelah Kau Tiada Hati
Ku Gelisah
Tiada Tempat
Ku Bermanja

Wahai Kekasih
Tidakkah Kau Tahu
ku
Ingin Selalu Di Sampingmu
Setiap Masa Hati
Ku Tak Lupa
ku Harap Kau Begitu Jua

Di Angin Nan Lalu
ku Sampaikan Pesan
Padamu Hai Idaman Kalbu

Di Burung Nan Terbang
ku Kirimkan Berita
ku Selalu Menanti Kau Tiba

*Khas tuk Fathi yang sudah terpikat ngan lagu uji rashid nih..... lagu Iklim atas tuh adalah satu drpd lagu kegemaranku*