MaRi BeRsAmA-SaMA MeNyELaMi JiWa iNI

Wednesday, December 26, 2012

Sahabat

Mutiara Kata Buat Hati:


Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat. Dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari (Saidina Ali)

Hargailah persahabatan yang ada andai ia bersulamkan keikhlasan dan kejujuran dan bertiangkan Ilahi semata-mata. Jangan sekadar mengharapkan agar dirimu menemui sahabat sejati, namun berusahalah juga untuk menjadi sahabat sejati.

Berusahalah memperbaiki diri dari hari ke hari, agar hari ini lebih baik dari sebelumnya. Ikhlaskan hati kerana Allah, dan bersihkanlah hati dari segala perasaan yang kurang baik terhadap sahabat sendiri. Semoga Allah memelihara hati kita semua, dan mengurniakan persahabatan yang indah seindah-indahnya.

Dan sahabat sejati sentiasa akan mengingatkanmu tentang Ilahi, dan juga menjadikanmu dan si Pencipta semakin dekat dan tiada secebis pun dalam hatinya perasaan cemburu terhadap sahabatnya, yakni ingin segala nikmat dan kebaikan itu hilang dari sahabatnya.



Tuesday, December 11, 2012

My Fiancee.... Mu Future Husband... Insyaallah....

24 November 2012...
Tarikh penuh makna dalam hidupku...
Akhirnya kami disatukan...
Rombongan meminang darinya menguatkan lagi hubungan kami...
Dan doakan semoga hubungan kami akan dihalalkan akhirnya...
Dan bersatu sehingga hujung nyawa kami...
Sayang Cintakan Abang... Sepenuh Hati...