MaRi BeRsAmA-SaMA MeNyELaMi JiWa iNI

Thursday, March 31, 2011

Saturday, March 26, 2011

~ DiNnEr EnvY FiNaL ~


okey, aku citer pasal dinner aku ar k.........untuk tidak mengecewakan orang yg suh aku hupdate blog, hehehhehhe....
tapi, malas nak bercerita plak....
so, layan gambar jelah k....

after...... Putrajaya ler kita kan!!!~

Baju Dinner... Payah tul pakai dress labuh nih..... :P

geng tahun 3 Sains Sekitaran....

Geng Biologi!!! will miss u guys!!~

kekanak envy.....

Mereka yang paling aku akan rindu nanti.... rindu sgt!!

hehehheheheheh....

Kami...... + Floe tukang amik gambar... series, aku sayang korg.....
.
.
.
.
.
.

Okey.... last skali.. gambar aku paling suka.... sebab jejaka ini a.k.a muaz namanya adalah budak silat Dectar yang aku paling suka usha.... sebab dia sgt sedap mata aku memandang + sangat baik!!! *credit to zaty, tak berani nak wat profile picture*



Nanti aku hupdate and hupload gambar dinner yang aku handle a.k.a Dinner SRM.... tunggukan kemunculannya plak k....

~ tata ~

~ JoM HuPdaTe BlOg ~

Assalamualaikum....
Lama dah aku tak hupdate pape kat blog nih.....
Sampai ada yang menegur dah, lama ko tak hupdate blog....
okey, skrg akan dihupdate......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku tak tau nak citer apa sebenarnya....
=_="

Sunday, March 20, 2011

~ SAKIT AR!!!!!! ~


Seharian menangis....
Tahan sakit sambil usaha + urut sendiri....
Memang patut namanya ibu jari.....IBU
Sebab memang semuanya bergantung padanya......
Biler ibu dah tak berfungsi dengan betul.....
Anak-anak yang lain turut sama menderita...
Turut sama tak dapat bekerja dengan bagus....
Barang ditangan semua jatuh ke tanah.....
Nak taip kat lappy pun susah....
Series, aku tak mampu tahan dah...
Lebam semakin membiru + besar....
Airmata tak stop dr pagi td.....
terus start motor, nak pulas kunci motor pun tak mampu....
*sebab tangan kanan*
Nak pulas minyak motor pun, terseksa giler....
Kuatkan semangat jugak, gerak pegi cyber cafe....
print thesis, mampos ar apa nak jadi pun...
Esok, aku nak anta thesis, aku nak balik.....
Tak mampu nak tanggung sakit nih....

Thursday, March 17, 2011

~ Cinta Sejati Langit dan Laut ~

WAV

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat
dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

Monday, March 14, 2011

=_+"


SeRiUs.....
SaYA AdA SiKeT JeLeS DiDaLAm HatI...
KuAtkAn IMAnKu.....

Sunday, March 13, 2011

~ MaRi MEnGeNaNg KiSaH CiNtA ~

Assalamualaikum.....
waktu-waktu tengah berserabut dan kepenatan memikirkan tentang masa depan thesis ni
mula ar kepala duk pikir macam-macam benda.....
dan tetibe terasa nak meluahkan rasa hati...
semalam, lepas penat menaip bahan-bahan tuk menebalkan thesis tuh....
terasa nak stalker suma fb kekawan skola dulu...
Ya Allah, ramai rupanya kawan sealiran aku yang dah bertukar status....
kebanyakan mereka dah berkahwin, dah berkeluarga...
siap yang dah beranak pinak lagi... apakah????????
terasa diri aku sememangnya dah tua, uhuk3....
kenapa semua kekawan aku dah bekerjaya, dah berharta sendiri, dah berkeluarga.....
kenapa aku rasa aku mcm tak hbs2 pun belajar dari dulu, masa depan pun tak nampak pape lagi ni.... mula ar perasaan rasa tak seronok....
dulu, aku antara yang tergolong didalam kumpulan yang hebat, bijak pandai, sebut apa saja, mesti ada saje nama kami tercatat didalamnya.... tapi skrg, aku rasa mcm aku plak yang dah ketinggalan.... nanges jap....
tapi aku berpegang pada kata-kata, Allah menjadikan kita buah yang paling elok, yang paling manis, yang paling cantik, tetapi Allah letakkan kita dihujung, dipuncak pokok....
buah-buah dibawah sudah habis semuanya dipetik, dimakan, tetapi janganlah kita yang berada di puncak berasa terpinggir, ditinggalkan, kerana hanya yang betul2 bersemangat yang akan berani datang dan memetik kita... jadi, bersabarlah.......
suddenly terasa nak sentuh sikit tentang kesayanganku yang bertakhta dihati sekarang...
biarlah sekadar mengenalinya sebagai amin.... insan yang berjaya merubah hatiku....
kekadang perasaan pelik timbul dihati, bagaimana dia berjaya membuatkan hati aku yang selalunya cepat memberontak, jiwa ini yang sering bertapak rasa bosan, apabila insan yang disayangi tiada didepan mata sentiasa, layanan manja sekadar dihujung telefon.... BERUBAH...
aku dengan dia, sudah hampir setahun bersama, hanya sekali kami bertemu, dengan erti kata lain, hanya baru sekali kami ber'dating'...... tapi aku tetap bersabar, malah aku rasakan itu bukan masalah lagi... aku yakin dengan kata-katanya... sikapnya yang sentiasa memberi kata-kata semangat, menyuruhku banyakkan bersabar, membuatkan aku rasa bahagia.. walaupun seorang disini, dan seorang lagi nun jauh disana.....
untuk apa bercinta bagai nak rak, mengheret pasangan ke sana sini, bangga menunjukkan pada semuanya yang dia adalah kekasihku, sedangkan semuanya adalah haram disisi Allah....
biarlah, kesabaran berjauhan itu akhirnya terbayar dengan sebuah ikatan yang mulia disisiNya,
dan ketika itu, tiada apa yang akan menghalang kita untuk sentiasa bersama malahan berpelukan dan bermanja dikhalayak ramai bukan sesuatu yang keji disisi Allah... itu yang lebih penting pada dia..... dan sekarang pada aku juga.... alhamdulillah..... terima kasih Allah....
pada kamu yang berada disana.....
teruskan memberi semangat dan dorongan kepada kekasihmu disini....
kerana jiwa ini kadang-kala rapuh juga ditelan masa....
kerana hati ini seringkali juga goyah ditiup hawa nafsu dan dugaan dikelilingnya...



Sunday, March 6, 2011

^_^




“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”

Wednesday, March 2, 2011

~ Ke SiNgApOre Ar NamPAknyA YeR ~


Assalamualaikum....
Baru jerk semalam rasa berseronok-seronok berborak dengan mereka yang bersama-sama takmo pegi Singapore... huhuhuhuhuhuhuh.... bnyk masalah nak ke sana tuh.... alahai....

Tapi jawapannya pada arini adalah... FIELDTRIP ITU CONFIRM JADI!!!!!!
jom nanges menggunakan alunan muzik lagu negeri sembilan bersama-sama... ia akan kedengaran lebih sayu.....uhuk3~



Tuesday, March 1, 2011

~ 1 Mac 2011 ~

Assalamualaikum....
dah mask bulan Mac dah arini.....
lagi sebulan lebih kurg ar aku kat UKM nih.....
pas exam, praktikal...
then, ari yang palin dinantikan...
KONVOKESYEN!!!! *insyaallah*
Tapi thesis mcm hempeh agi, camne tuh...T_T
dah lama rasanya duk memeruk kat bilik, ngadap thesis....
kebetulan semalam lalu depan Pusanika, dengar kecoh2.... ternampak poster persembahan santai Puskeb.....
so, arini, nekad nak bangun pagi... nak pegi PK (Pusat kesihatan UKM), nak pegi amik ubat demam
then nak pegi amik pelan sungai semenyih, dan terus lepak kat Pusan, tgok persembahan diorg..
kul 9 pagi, aku dah bngn p mandi + siap...
tapi biler lalu depan PK, malas dah aku nak jumpa Doc....
tak suka bergantung pada ubat sebenarnya aku nih, nak ajar diri menjadi kuat, cceewwaahh..
terus singgah ATMA, amik peta tuh, alhamdulillah, setelah datang buat kali ke berapa ratus....
kakak tuh ada kat bilik, geram betul aku... payah bebenor nak jumpa....
terus ke pusanika, beli surat khabar, wafel and milo ais....
duduk tggu persembahan santai tuh....
eh, ada program lain plak pagi nih, perasmian hari untukmu wanita KIY.....
apakah..... suma pempuan pakai baju warna merah / pink...
ladies sgt pusanika jap pagi nih..... tapi syg, performance hancusssss......
*tuh yg payah kalu band kene men musik ikut penyanyi, bukan penyanyi ikut musik, huhuhuh..*
kul 12, baru geng2 dectarku dtg det up untuk persembahan santai...
rindu betul aku aktviti mcm nih, lepak2, setting2, buat persembahan rileks2 jah...
aku mmg takleh nak lari sebenarnya dr kehidupan kebudayaan aku nih....
dari tahun pertama aku kat UKM, mmg nih kegiatan aku...
duk za'ba ngan amin pun, kebudayaan gak yg aku handle...
kat envy pun kebudayaan gak yg aku pgang... masalah adalah, aku MINAT benda nih...
huhuhuhuhuhuhuu......

*dilantik jd urusetia pesta pantun akan datang*
"i've come to where i'm from"