MaRi BeRsAmA-SaMA MeNyELaMi JiWa iNI

Sunday, March 21, 2010

kenapa kita berkawan????

Assalamualaikum.....
hari ini rasa mcm mau kembali ke keadaan emo semula...
tak salah kan, sebab aku memng emo kot........
aku bukan jenis manusia yg pandai menunjukkan kesedihan aku pada org ramai, hatta pada sahabat aku sendiri, aku lebih rela menangis seorang diri, dan kemudian ketawa didepan mereka...
air mata kesedihan itu kan lebih baik dikeluarkan sendiri-sendiri dari diajak mereka bersama-sama menangisinya....
kawan, satu perkataan yang dari dulu sampai skrg masih belum dpt aku ungkapkan sepenuhnya..
aku pernah merasai kemanisan berkawan itu, seronok bersama-sama, sentiasa bersama-sama, kemana bersama-sama....tapi....kemanisan itu tak lama...kegembiraan itu diragut dengan satu tindakan yang membuatkan aku hilang kepercayaan pada perkataan kawan itu....
sekarang, aku mulai merasakan kembali kemanisan berkawan itu... seronok yang aku pernah rasai satu ketika dahulu, aku mula rasainya kembali...dan ia mula mengajarku untuk mempercayainya, walupun ia hanyalah sekadar satu perkataan yang ringkas, kawan....
persoalan didalam hati sekarang, adakah aku harus mempercayainya setelah apa yang pernah aku lalui dahulu, tetapi org pernah berkata, jangan kerana peristiwa dahulu, kita lupakan kehidupan yang akan datang, biarlah kita rasa gembira, kemudian kita rasa sedih kehilangannya, sekurang-kurangnya, ia pernah mewarnai hidup kita...mngkin aku patut mula mem[ercayai perkataan kawan itu kembali....tetapi, apabila perselisihan faham antara kawan mula berlaku, aku mula merasakan ketakutan kehilangan kawan itu, aku mula memikirkan betulkah tindakan aku mempercayai perkataan itu.... perlukah aku kembali ke pegangan yang dahulu...
aku yakin, hidup, penuh dengan persoalan yg mempunyai pelbagai jawapan dibelakangnya, hanya berserah pada kita untuk menilai persoalan dan jawapan itu sendiri...
hidup itu perlukan kawan dan kawan itu menghidupkan dunia kita... jadi, teruskan berkawan kerana aku yaki, suatu hari nanti aku akan menghargai perkataan kawan ini, dan aku akan merindui kawan-kawan aku ini.... biar lah masa terus menguji pertalian kawan antara kita kerana itu suma akan buat kita semakin menghargai satu sama lain, insyaallah.......

Thursday, March 18, 2010

5 pagi.... PTSL!!!!!

Assalamualaikum.....
aku nak buat satu pengumuman yang agak mengjutkan orang ramai, sebab aku sendiri pun terkejut...hahahahhahaha....
sekarang dah pukul 5 pagi, dan teka aku dimana skrg, PTSL!!!!!
ye benar, anda tak silap membaca dan saya tak silap menaip, memg aku berada di PTSL skrg..
*pada sesiapa yg tak tau, ptsl adalah singkatan bagi perpustakaan tun sri lanang, perpustakaan UKM*
mesti korg mula berbangga ngan aku kan, aku pun banggan gan diri aku kejap..... dan malam nih aku berjaya siapkan satu assignment aku yang berlambak-lambak tuh...alhamdulillah....

tadi sebenarnya aku dah diap kuar makan ngan abg zul, is, wana n syolah.... thanks to abg zul yg blanja kami mkn, sukanya makan free....hehehhehehehe.....
ayat syolah td memg tak leh blah..... dia tanya aku dr mana tadi, aku jawab aku dr ptsl, dia terus wat muka pelik dan tetibe dia kata dia risau....soalan dia berbunyik begini....
"lagi brapa jumaat erk kita bakal tempuh, aku dah mula risau, tak taubat agi nih"
mmg cam sengal giler ayat k, hahahahahhah, nampak sgt muka aku nih mmg jarang masuk ptsl.. mmg ar, nampak kat kelas pun jarangm nih kan plak kat tempat penuh ilmu pengetahuan ni...
hahahahahahhaa, apa ar mau jadi sama aku ni, dari skola malas....

assignment aku bleh dikira selesai.... law aku pun in progress, skrg kita akan tumpukan pada GIS dan sumber... arrrgghhhhh, drama melayu...ohhhhh~

dan esok, pukul 10 pagi, kitrg kekanak envy dah janji nak pg tgok tajuk thesis bersama-sama, itu satu lagi tekanan jiwa yanga bakal menimpa... apa pun, dah nak masuk tahun akhir dah aku kat ukm nih, sgt2 tak sangka, rasa macam baru jerk aku masuk UKM, macam baru arituh aku hbs orientasi yang menyeksakan tu.... heheehhehehe... apapun i will miss this place, this memory so much!!!!!!

love God, love my Parents, love my Family, love my Envy's siblings..... love my friends!!!!

Tuesday, March 16, 2010

~ditag bertubi-tubi~

1. Adakah anda rasa HOT?
memg tgah hot nih.... waktu2 tgahari nak bawak ke ptg ni mmg cepat rasa hot... adoi...twister sejuk...sllrruuppp~

2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!
tak reti ar..... heheheheheh... nak tgok meh dtg bilik.....

3. Cerita pasal gambar ni
eeeemmmmm....gambar siblings envyku ler.... gambar yg sama digunakan profile picture FB ku.... first hand make dr diri sndr, bangga jap.....

4. kali terakhir makan pizza
before CNY, ngan kekanak envy, makan kat kajang.... best giler!!!!!

5. Lagu terakhir anda dengar
hidup bersama by XPDC..... ditepi pantai yg indah~

6. Apa anda buat selain menyelesaikan tag ni
menunggu ubat dr pria terchenta.... sambil wat slide ekonz plus pikir cane mau penuhkan list pc kebud.... adooii~

7. Selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?
kat umah....adik
kat kampung....usu
kekawan....cda ler....
*don't ever call me ida...wwaattttcchhaa!!!!!*

8. Tag lagi 5orang
hahahahahahaa....disebabkan kekawan kat blog aku baru mencapai 7 org, dan suma dah ditag... sape rasa nak tag diri sendiri tuh...you're allowed to do so.....

9. Siapakah orang no.1 kepada anda
no answer.......

10. Katakan sesuatu kepada orang no.5
i love you ar!!!!! ntah sesape no 5...

11. No.3 ada hubungan dengan siapa?
cube teka??????

12.Bagaimana pula dengan no.2
kenapa ngan no 2?????

14. kata2 cinta untuk orang no.4
dimana ada kemahuan, disitu ada highway... dalam hati mmg ada taman....:P

15. Berikan 5 yang anda tau tentang orang yang mengetag anda
ada dua org yg mengetag saya nih...wat dua2 erk....
ikin..........
1. giler itam
2. sama giler ngan laki dia
3. giler comel
4. giler blogging
5. giler-giler pengantin remaja......apakah????????

zaty kecik......
1. mmg kecik pun
2. degil sangat2
3. baik bebenor, jaga ati org memanjang
4. positive thinking
5. giler laki soleh.....ker laki nama soleh????? hahahhahaha

Thursday, March 11, 2010

To All My Friends.......



*Kecik sangat plak, heheheehehe, bulatkan mata anda, bagi tumpuan yg penuh untuk membaca yer......

Monday, March 8, 2010

Kembali....

Assalamualaikum....
lamanya aku tak update blog aku nih....
bukan tak mo update, cuma aku mmg bukan kaki yg reti menulis gini....
huhuhuuhu, patut hancur kalu dpt keje jadi s/u....
tapi malam nih, malam ker, pagi dah.....
9 mac 2010, 1.53 a.m.....bilik K6Q110....
tetibe aku rasa mau update blog yg dah lama terbiar nih....
dah hampir dua mggu aku memegang jawatan tertinggi yg akurasa aku pernah capai dalam hidup aku, dan itu bukan sesuatu yang mudah walaupun ia satu perkara yang membanggakan....
banyak tanggungjawab dan tugas yg perlu aku galas, banyak kenyataan pahit dan manis yg perlu aku tempuh, dan bnyk kata-kata yang perlu aku telan... tapi aku yakin, itu semua yang akan mematangkan aku disetiap hari...
sekarang, aku dah makin jarang dpt luangkan masa bersama kanak2 envys...i really miss u all....really miss damn much..... seriously.......T_T
dan teman2 aku didectar sekarang, jujur aku katakan adalah budak-budak kelab tunas warisan a.k.a dikir barat..... diorg ar pemberi semangat aku ketika aku perlu menempuh kehidupan yg bermacam ragam kar DECTAR tuh.... thanks guys, walaupun korg sgt giler-giler....... tapi korg mmg bagus ketika memberi nasihat..... bleh pakai gak korg nih upanya, hakhakhak...
dan aktiviti yang penuh ni berjaya buat aku lupakan semuanya...percintaan yg terutama..... aku dah rasa semakin kuat dan mampu hidup sendirian, sehingga kadang-kadang aku dah mula merasa hidup itu lebih baik tanpa pasangan, tapi tuhan dah tetapkan setiap org ada pasangannya..... jadi, pemikiran begitu harus dibuang ketepi.. mungkin bukan bercinta sekarang, tetapi cinta itu ada suatu ketika nanti, cuma skrg, aku dah malas nak mengharap, dan malas nak mencari... seperti apa yg aku katakan pada sahabatku tadi, umur aku skrg, bknlah satu umur untuk bermain-main dengan kata-kata untuk mendapatkan cinta, umur aku skrg adalah masa untuk series dalam bercinta, jika ada yang menaruh perasaan, luahkan terus, jangan berdolak-dalik, aku dah tak berminat nak bermain teka-teki...hahhahahaaha...
so, skrg tugas aku adalah lakukan segala tanggungjawab yg telah diberi, belajar dan berjaya, insyaallah........ doakan kejayaan kita semua bersama.....amin.......